Anna Jobling bukan jenis boros berbelanja dan kini sedang berjimat cermat menabung dan memantau kewangan peribadi demi merealisasikan impian memiliki sebuah kediaman sendiri dalam masa terdekat.
“Sejujurnya, keutamaan saya buat masa sekarang adalah untuk membeli dan memiliki sebuah rumah, justeru saya dalam fasa bekerja keras mengumpul duit agar impian saya itu tercapai. “Bagi saya, simpanan sangat penting membuatkan saya sendiri berdisiplin menabung dan jaga (pantau) duit saya. “Namun saya tidak terlalu berjimat cermat kerana ada juga beli beg berjenama, tetapi mungkin hanya satu dua sahaja. Tidak terlalu banyak,” katanya kepada Kosmo! Online. Anna yang berusia 23 tahun itu juga mendapatkan khidmat akauntan peribadi yang bertindak sebagai pengurus dan penasihat kewangan bagi aliran keluar masuk pendapatan yang dijana.
|
wirazam replied at 19-8-2023 10:39 PM
Baguslah...dia nih ada degree kan..cuma xde masa nak urus kew sendiri je
ADVERTISEMENT