CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Remy Ishak Terkejut Dapat Berita Nahas Elmina, Baru Berjumpa Juruterbang Dan Isteri Selasa Lalu

18-8-2023 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2965| Komen: 2

Remy Ishak terkejut susulan nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie sekitar Bandar Elmina pada Khamis.

Di Instagram, Remy mengucapkan salam takziah diatas pemergian salah seorang mangsa yang terkorban iaitu juruterbang Allahyarham Kapten Shahrul Kamal Roslan.


Foto: IG

Menurutnya, dia baru sahaja bertemu dengan salah seorang mangsa bersama isterinya yang dikenali sebagai Shefa dan keluarganya di sebuah restoran pada Selasa lalu.

“Takziah buat Shefa dan family atas pemergian Captain Shahrul Kamal dalam nahas pesawat yang berlaku di Elmina, semalam.

“Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah and his wife, Shefa at Mozers Shah Alam. Hari ni buka WhatsApp dapat this sad news.

“I’m so sorry to hear this Shefa, Moga Allah tempatkan Shahrul bersama orang-orang yang beriman. Amin ya rabb,” ujarnya.


Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan telah mengesahkan sebanyak 10 mangsa terkoran dalam tragedi tersebut termasuk dua pengguna jalan raya yang menunggang motosikal dan kereta.

Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 18-8-2023 03:20 PM
Kezen ku di situ..
Quote lasagna 18-8-2023 03:34 PM
innalillahi wainnailaihi rojiunn.. al fatihah utk keluarga arwah.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.058318 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top