CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lepas Dapat Datuk, Fauziah Nawi Kejar Gelaran Doktor Falsafah

17-8-2023 06:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2118| Komen: 6

Pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi mendedahkan hasratnya untuk mengejar gelaran Doktor Falsafah.

Selepas menerima ijazah sarjana daripada Open University Malaysia serta diploma dalam bidang lakonan daripada Meatech Creative Academy, kini Fauziah mengintai pusat pengajian yang sesuai untuk merealisasikan hasratnya itu.



Bagi Fauziah, 70, perasaan menyarung jubah dan topi semasa majlis graduasi jauh lebih indah dan menggembirakan berbanding membawa pulang mana-mana trofi anugerah kemenangan.

“Nasib saya baik sebab kawan-kawan ramai yang bantu. Anak saya yang sudah memperoleh ijazah daripada pusat pengajian di United Kingdom sanggup ambil kelas diploma yang sama demi memberi sokongan kepada saya untuk belajar.

“Bila naik atas pentas dan pakai topi semasa majlis graduasi, saya rasa seronok sangat. Lebih gembira daripada dapat anugerah. Lebih-lebih lagi saya dinobatkan sebagai pelajar terbaik,” katanya.


Fauziah ditemui pada sidang akhbar memorandom perjanjian antara Metrowealth International Group (MIG) dan Meatech Creative Academy di Wisma Metrowealth semalam.

Pemegang Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 itu tidak menafikan sejak menggenggam sijil kelayakan, bayaran dan layanan yang diberikan kepadanya lebih baik berbanding dahulu.

“Sebelum ini, bila tiada sijil atau kelayakan, orang hanya berikan token sebagai bayaran.

“Penting rupanya kelayakan apalagi jika kita berurusan dengan kerajaan. Kadang universiti pun ada panggil. Mereka bayar harga lain sesuai dengan taraf pendidikan kita.

“Untuk saya kelayakan banyak membantu. Jika orang tak panggil saya berlakon, saya akan mengajar. Contohnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya mengajar dalam talian. Bayaran tidaklah banyak mana, namun cukuplah hidup,” tambahnya lagi.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 17-8-2023 09:45 PM
Aku lg suka tgk acik ni.. biar muka kedut seribu, nmpk original & natural.. bukan org tua yg cucuk sana sini, kembung sana sini tak sedar diri dah kerepot.
Quote sayurmayur88 18-8-2023 07:31 AM
sesuai dijadikan teladan. semoga dipermudahkan..
Quote jihyomelly 18-8-2023 07:35 AM
ilmu tanpa sempadan!! pelakon muda2 sila contohi tok poziah
Quote bedahmenjuyah 18-8-2023 07:52 AM
Tahniah nek kerana sentiasa mengejar ilmu. Syabas. Walaupun aools agak heran mcm.mana fedwral kasi latuk dia berlakon je pun.
Quote elzy 18-8-2023 08:18 AM
Proud of you Datuk.. Mengejar ilmu ketika masing-masing mengejar populariti tanpa ilmu..
Quote TomyamPuteh 18-8-2023 09:10 AM
Dah tak smoke dh kot opah ni.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.100586 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top