CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zarina Zainuddin Jalani Pembedahan Bariatrik Untuk Kesihatan

17-8-2023 05:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 16953| Komen: 145

Pelakon Zarina Zainuddin, 52, memutuskan jalani pembedahan bariatrik berikutan kebelakangan ini dia berdepan masalah kesihatan.

Zarina berkata terdapat perubahan pada tahap kesihatannya selain mengalami sakit pada bahagian tumit dan lutut selain cepat penat serta semput apabila menaiki tangga.



"Selama ini, saya tidak sedar ada macam-macam penyakit. Saya cepat penat dan tumit sakit setiap kali memijak. Baru-baru ini, saya demam hampir seminggu. Biasanya, selepas ambil ubat, dalam dua hari sembuh.

Namun, kali ini, demam berpanjangan. Saya mula risau melihat perubahan kesihatan. Jadi, saya buat pemeriksaan secara menyeluruh," katanya.

Zarina memberitahu dia juga dikesan doktor memiliki 'cyst' pada buah pinggang, hati dipenuhi lemak dan mengembang serta ulu hati longgar menyebabkan berat badan naik mendadak.

"Ini mungkin faktor usia atau proses pramenopaus. Dari berat 51 kilogram (kg), jadi 67 kg. Disebabkan hendak diet agak susah dan selepas dapatkan nasihat doktor, saya pilih pembedahan bariatrik demi kesihatan," katanya.


Zarina yang menjalani prosedur terbabit di sebuah hospital swasta di ibu negara, semalam berkata bacaan kolestrolnya juga tinggi.

Dia diberitahu doktor dirinya berisiko mengalami masalah saluran darah tersumbat dan boleh diserang angin ahmar.


"Saya tidak sangka tahap kolestrol sangat tinggi. Sebelum ini, mungkin saya makan sahaja sebab sedap. Tidak sangka, dalaman saya teruk.Saya tidak suka lihat diri lemah dan tidak cerdas.

"Saya harap selepas pembedahan, saya kembali cergas dan dan dapat menjalani kehidupan lebih sihat lagi. Jika kurus itu dianggap bonus, saya mohon doa daripada semua agar cepat sembuh," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 17-8-2023 05:19 PM
Tapi dia ni comel je .. mungkin ada gerd atau penyakit lain.
Quote Orix 17-8-2023 05:22 PM
dlm byak2 retis yg potong perut ke usus ke hapa nama batriatik ke hapa, hanya kak ecah n mbak melly jah yg iols rs mmg patut buat... lain2 mengada sajokkk...
Quote yellowfish 17-8-2023 05:23 PM
Hari tu konon bedah hidung sbb resdung,  tp last2 ngaku repair hidung.  Ni nk kurus plak ke?  
Quote snowflakes 17-8-2023 05:50 PM
67kg tu takde la besar mana pun...
Quote KBW2 17-8-2023 06:08 PM
Percentage retis yang bariatric ni tinggi ya kalo tengokkan. Semua tibah ngaku ada GERD teruk.
Quote jihyomelly 17-8-2023 06:21 PM
ramai betul yg buat skarang..berjangkit2..67 tu xde la berat sgt bukan nearly 100 mcm nek chah dulu..nek chah tu pun bertahun baru kurus
Quote Guess_who 17-8-2023 08:01 PM
Alasan retis2 nak kurus tp nak short cut buat op bariatrik dgn alasan sbb sakit lututlah, gerd la, bla bla bla pdhal sihat walafiat je pon. Hrp2 lps op nnt anak dia makin ligat hempok dia
Quote Sunkiss8999 17-8-2023 08:04 PM
Si lufya ketiak tu pun buat potong usus potong usus gak kan..tu lagi merepek..setakat berisi mcm tu je sket..banyak duit betul retis mesia ni
Quote slyfynx 17-8-2023 08:23 PM
Bijik ape sbb kesihatan?
Ko sgt2 bukan overweight.
Cakap je la sbb nk kurus.
Igt org bodoh sgt ke
Quote noor2 17-8-2023 09:11 PM
Dah mkn mentekedarah mmg la badan mcm.badak air.....yg gemok ni mmg kuat mkn
Quote winky1 17-8-2023 09:28 PM
Asyik makan tak exercise mesti lah masalah kesihatan.
Quote nazzse 17-8-2023 09:42 PM
Retis dah confirm b***h dgn normal weight/slight overweight mcm tu gi buat ni. Doc tu 2 3 kali ganda bodoh atas sbb nak duit gi bagi advice utk buat surgery dkt retis2 pemalas nak exercise.
Quote SpyLeman 17-8-2023 09:59 PM
Aku pernah saja2 mesej doc mustafa ni tanya psl bariatric. Berat aku 67kg gak. BMI 26. Dia cakap aku x layak. Dia srh buh belon je. Maybe aku bkn retis kott, dia x layan
Quote Piramida 17-8-2023 10:01 PM
Mudahnya sekarang.
Malas diet, boleh bedah. Kurus. Settled.
Quote menjad 17-8-2023 10:04 PM
X berani haihhh.
Quote missHaidiD 17-8-2023 10:15 PM
Ada sb Allah bg usus tu pnjng.. Manusia pilih nk pendekkn pulak

Harap tak kena cm. Arwah rohana jalil sudah
Quote umbut 17-8-2023 10:39 PM
Mengada je, bukan gemuk gundu pun.
Quote nw111 17-8-2023 10:40 PM
Kalau surgery ni blh menyihatkan sheols and hopefully blh memanjangkan umur sheols (dgn kuasa Allah) elok lah.... sbb sheols ada 2 org anak autism yg nk kena jaga...sedih la kalau sheols sakit and mati awal... bdk2 tu sapa je sanggup nk bela...
Quote nw111 17-8-2023 10:42 PM
Dzahin_poch replied at 17-8-2023 05:19 PM
Tapi dia ni comel je .. mungkin ada gerd atau penyakit lain.

I lg suka muka sheols before repair muka... classic je muka dia...syg betul sheols pegi repair...dh nmpk mcm nyah pun ada

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.143795 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top