Hidap kanser limfoma tahap empat, Ibnor Riza perlu menjalani rawatan alternatif di hospital swasta. Selepas menjalani kimoterapi sebanyak enam kali di hospital kerajaan, ia masih belum mampu mematikan sel kanser dalam tubuhnya.
Menurut Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim, 62, berkata, dia memerlukan kos rawatan sebanyak RM30,000 untuk melakukan dua lagi sesi kimoterapi di salah sebuah pusat perubatan kanser di Petaling Jaya, Selangor. "Sel kanser masih lagi ada dan saya perlu mengambil langkah alternatif dengan membuat dua sesi kimoterapi di hospital swasta yang menelan belanja RM30,000. "Jika sel kanser masih tidak dapat dihapuskan maka saya perlu teruskan empat sesi kimoterapi dengan kos RM80,000," katanya kepada mStar. Jalan terakhir yang perlu dilakukan untuk merawat penyakitnya adalah menerusi pembedahan transplan pemindahan tulang sum sum.
"Saya berusaha untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta ini kerana ubat untuk menyembuhkan penyakit saya tidak ada subsidi di hospital kerajaan. "Sepatutnya selepas saya menjalani rawatan kimoterapi sebanyak enam kali itu sudah nampak perubahan... tetapi rupanya masih sama. "Jalan akhir sekiranya gagal lagi, barulah saya akan menjalani transplan iaitu pemindahan tulang sum sum, itu pun memerlukan kos sehingga RM200,000 di hospital swasta." Sementara itu, Ibnor berkata, beberapa rakan artis turut mengambil inisiatif mengumpul dana menampung kos rawatannya dengan mengadakan Malam Untukmu Ibnor yang akan diadakan di Hotel Grand Barakah Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini. Antara artis yang bakal membuat persembahan pada malam amal itu termasuk penyanyi Datuk Siti Fairuz, Jay jay, Nizam Laksamana, dan Sophia Ibrahim. "Kalau ikutkan saya masih kekurangan lagi RM17,000 untuk membiayai rawatan... disebabkan itu juga satu penganjuran malam amal akan diadakan bagi membantu saya mendapatkan dana. "Sudah hampir setahun saya tidak bekerja kerana saya tidak lagi boleh menyanyi dengan baik akibat kesan rawatan yang menganggu suara saya," katanya. Peminat boleh membeli meja dengan harga RM1,300 atau jualan perseorangan berharga RM138 seorang. Pada 19 Februari lalu, Ibnor tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk. Dia mendapat tahu tentang kanser itu selepas melakukan pemeriksaan doktor susulan mengalami bengkak pada lehernya. -CARI Sumber: mStar
|
sleepandream replied at 17-8-2023 11:35 PM
kanser apa ye?
semoga sembuh hendaknya
doubleA replied at 17-8-2023 11:40 PM
Ayat pertama artikel dah tulis kanser limfoma noks tak baca lettew
Btw semoga dipermudahka ...
bintangct replied at 17-8-2023 11:42 PM
iols igtkn hosp kerajaan akan bantu smpi sembuh.. tak ye?
snowater replied at 18-8-2023 12:12 AM
Itulah, institut kanser negara tu pun utk org awam kan? Tak fully covered ke kalau kat gov kalau b ...
emera replied at 17-8-2023 09:28 PM
Mcm chepwan. Simptom pun sama, lump kat leher.
snowater replied at 18-8-2023 12:12 AM
Itulah, institut kanser negara tu pun utk org awam kan? Tak fully covered ke kalau kat gov kalau b ...
ADVERTISEMENT