CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Emma Maembong Suka Suasana Rumah Serabut Dan Riuh, Nak Anak Ramai Dan Heret Sekali Pergi Shooting

17-8-2023 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5335| Komen: 46

Selepas beranak anak kedua Mei lalu,  Emma Maembong tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak ketiga dalam masa terdekat.

Emma berkata, dia tidak menetapkan sebarang sasaran bilangan cahaya mata.


Foto: IG

“Alhamdulillah, saya bersyukur selepas diberikan dua orang cahaya mata. Ramai tahu dari dulu lagi saya memang inginkan anak. Sekarang saya sudah ada keluarga sendiri.

“Selepas dikurniakan dua orang cahaya mata, mana tahu mungkin akan bertambah lagi? (anak). Saya tidak ada perancangan keluarga untuk tetapkan jumlah cahaya mata. Lagi ramai, lagi bagus,” katanya.



Ujar pelakon berusia 31 tahun itu lagi, kalau ikutkan dia mahu menimang cahaya mata kedua, selepas setahun dikurniakan zuriat sulung.

Bagaimanapun Emma tetap bersyukur apabila impiannya itu dimakbulkan oleh Allah SWT, dua tahun selepas menimang zuriat pertama.


“Sebenarnya saya mahu awal lagi (selang setahun) selepas menimang cahaya mata pertama. Kalau boleh nak jarak setahun-setahun sahaja. Selepas ini kalau hamil lagi, sudah tentu saya sangat gembira.

“Tapi kalau belum ada rezeki, saya akan menunggu,” katanya kepada Kosmo! Online.


Dia mahukan anak yang ramai kerana sudah terbiasa membesar dengan adik-beradik yang ramai iaitu 11 orang.

“Saya mahu anak ramai sebab sudah terbiasa membesar dengan 11 orang adik-beradik. Saya membesar bukan dengan kawan-kawan atau saudara-mara, tetapi dengan adik-beradik yang ramai.

“Saya ada tujuh orang adik-berAdik perempuan dan empat lelaki. Jadi kami memang rapat. Saya tahu perasaan seronoknya ada adik-beradik untuk bergosip. Kalau susah, adik-beradik juga yang akan tolong kita.



“Adik-beradik juga orang yang tidak akan tikam belakang kita, sebab mereka adalah darang daging sendiri,” ujarnya.

Ketika mula-mula berkahwin, dia menangis kerana berasa sunyi semasa tinggal berdua dengan suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

“Masa mula-mula berkahwin, saya menangis sebab rasa sunyi. Orang lain mungkin serabut kalau bising, tapi saya tidak suka sunyi.



“Saya suka suasana serabut terutama suara budak-budak sebab dah terbiasa dari kecil dengan suasana riuh,” katanya yang akan membawa bersama anak-anak ke set penggambaran kerana enggan meninggalkan mereka di rumah.

Emma yang juga pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Shariq yang kini berusia dua tahun dan Shakil Aryan Shah, tiga bulan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 17-8-2023 04:14 PM
Taste btul kt laki dia
Quote 3chanceno 17-8-2023 04:25 PM
Kalau mampu dari segala segi, baguslah ada ramai anak. Emma nie bagus, tak acah2 nak tutup muka anak ke apa..cam biasa,  bila tiba masanya perkenalkan anak dia tanpa sticker ke benda, dahlah comel amat hero2 dia
Quote bambimo 17-8-2023 04:28 PM
Takpe la Emma Laki ko Kaya kot..nk beranak satu team bola pun boleh..ko pun maintain je body even beranak dua
Quote brunesss 17-8-2023 04:31 PM
ishh hensem laki ko emma, walaupun ko rempit tak apa hakak maafkan sebab hubby ko nyummy
Quote Realpeople17 17-8-2023 04:34 PM
Emma ada jadi zombi tak masa dlm pantang haritu? Bukan apa sbb ada sorang ibu trpaling sorga kata dia da brtukar jadi zombi bila dlm pantang ni. Mungkin emma bleh nasihatkn ibu trpaling tu
Quote jihyomelly 17-8-2023 04:44 PM
dia suka anak ramai xde pulak dgr mengeluh penat jd zombie ke apa..anak2 elok je kemas..teruskan byk anak sbb elok kejadian anak2
Quote tipah89 18-8-2023 10:49 AM
xpela baka helok beranak ramai2 pun xpa...terussssskannnnnnnnn
Quote Peachlilac 18-8-2023 11:28 AM
Realpeople17 replied at 17-8-2023 04:34 PM
Emma ada jadi zombi tak masa dlm pantang haritu? Bukan apa sbb ada sorang ibu trpaling sorga kata di ...

I bet Emma tak rasa mcm tu sbb dia rapat dgn siblings dia. So she has someone to turn to bila dia stress. Mcm kita la,kalau kita rapat dgn adik beradik kita,kita akan rant kat diorang je.sbb kita tau diorang faham kita. Maybe lopa sejenis yg tak bercerita kat sape2 kotm tu yg stress je tiap kali pantang tu. Support system masa pantang is important.
Quote deebiz14 18-8-2023 11:33 AM
Sheols pun dari family siblings yg ramai pun, so naluri tu tetap nak sama gak.
Buat je la byk2 sis kalau ade rezeki tu. Anak2 pun elok ruper.

Btw, shuben sheols ade twin brader kan?
Quote anggeriklatifah 18-8-2023 11:37 AM
Ema ni memg cantikkk..berlakon pon okey..anak2 comel yg amat..tapi anak nyaa yg sulongg tu  kuat mengigit..iols takot betol
Quote da_lynn 18-8-2023 11:57 AM
Peachlilac replied at 18-8-2023 11:28 AM
I bet Emma tak rasa mcm tu sbb dia rapat dgn siblings dia. So she has someone to turn to bila dia  ...

Yes betul support system masa pantang mainkan peranan sangat penting.
Ingat masa iols pantang anak sulung.
1st 2 weeks tu baby asyik nangis je especially after midnight, hanya akan stop after azan subuh.
Selain husband dukung & dodoi, my parents without failed tiap kali dengar nangis akan dtg kat my room dukung baby sambil zikir².
Masa tu my breast milk pun tak berapa nak ada.
Kebetulan jugak my sis ada baby umur 6 bulan, dia lah ambik tolong susukan takut my baby lapar ke apa.
Kalau diaorg takde rasanya mau meroyan gak i time tu.

Utk tak OT, anak² emma ni comel² rasa macam nak lempang²
Quote sharlenetexas 18-8-2023 12:19 PM
Bawa anak2 kat set shooting, kalau kul 12 tengah malam tak tido lagi, terkencing atas sofa mahal jgn upload kat medsos. Habislah kena hencap kiri kanan.

Quote ketupatnasi 18-8-2023 12:26 PM
partner pun ok dengan serabut adik beradik kau, kira ok la tu sis.
Quote Manusiabesa 18-8-2023 01:31 PM
Herlok laki dia. Pilot lak tu. Namun syg, dayus. Tp padan la ngn dia. Dedua bimbo + sosial. Jdoh kita ialah pantulan diri kita..  next
Quote Lampuled 18-8-2023 01:37 PM
Oklah..kalu dh senang mgandung buat la anak semampunya waktu masih muda dan kuat ni.
Ada anak pun job dia mcm tak terjejas je. Respek la dgn jaga anak kecik, shooting lg. Pandaj gak dia manage.
Quote Incanto 18-8-2023 01:46 PM
hensem betul anak dia yg besar tu

laki dia aku tak taste…borderline bangla gitu

aku suka emma lepas kawin.. jenis mak yg positif dan pandai layan anak dan maintain cantik, wpun berisi dia ada shape tak mcm peti ais
Quote ReginaGeorge 18-8-2023 01:56 PM
Selagi mampu hire maid, beranak la bnyk mana pun. Jgn je jadi mcm org tu, ramai maid tp rumah kena lelong.
Quote syamzana 18-8-2023 02:00 PM
cun+ensem+comel satu family.
bagus betul ya dah terbiasa dgn fmly ramai dan suka anak ramai.
iols sibling ramai gak dan weols mmg rapat tp sume tekad nak anak sikit sbb pening dgn huru hara bingit bdk2.

contoh wpun peel rempit zaman muda tp sbb cun dan2 jadi herlokkkk lepas branak pinak
Quote Tinot7 18-8-2023 02:09 PM
Org mcm ni veranak ramai2 takpe.. anak2 comey..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.122245 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top