CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hubungan Dengan Akhyar, Eyka Farhana Serah Pada Jodoh

17-8-2023 01:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1609| Komen: 1

Pelakon Eyka Farhana menyerahkan kepada jodoh mengenai hubungannya dengan pemain bola Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Akhyar Rashid.

Jelas Eyka, baik dia dan juga Akhyar menjadikan kerjaya masing-masing sebagai fokus utama sebelum membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.



"Kami seperti orang biasa, masih berkawan seperti sama saja. Apa yang penting adalah kami baik terhadap satu sama lain. Dia fokus dengan kerjayanya sebagai pemain bola dan begitu juga saya.

"Malah, kami juga turut menjadi penguat semangat buat satu sama lain. Semestinya saya mempunyai hasrat untuk berkahwin namun mungkin belum sampai seru lagi. Ini kerana saya percaya kepada perkara itu.

"Buat masa ini, saya hanya ingin melakukan yang terbaik untuk masa hadapan saya. Fokus utama diberikan terhadap kerjaya seni dan selebihnya saya serahkan kepada Allah SWT.

"Seandainya sampai seru saya untuk berkahwin, siapa tahu pada tahun hadapan. Mana tahu juga dua tahun lagi ke kan? Seperti saya katakan tadi, saya selalu percaya bila orang kata, sampai seru tu," kata Eyka.



Terdahulu, hubungan Eyka dan Akhyar mula dihidu peminat apabila menerima kejutan sambutan hari lahir ke-25, sekitar tiga tahun lalu.

Eyka bagaimanapun sebelum ini enggan mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya itu namun memohon doa semua agar dipermudahkan.

Berkongsi komen negatif yang sering diterima di media sosial, Eyka mengakui sudah lali dan memilih untuk tidak melayan komen negatif yang diterimanya.

"Sejujurnya saya sudah terbiasa, saya ada baca tetapi tidak sampai berfikiran negatif atau mahu respons kerana bila kita respons, akan jadi lagi teruk.

"Mungkin apabila orang komen itu betul, saya akan ambil sebagai pengajaran untuk masa hadapan. Manakala, jika ada komen negatif pula, saya memilih untuk abaikan saja," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meowww05 17-8-2023 11:31 PM
Sendunya, x ada pun forumer berminat nak komen. HAHAHA

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.033961 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top