CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buat Video POV Kakitangan Kesihatan Tak Mesra Dan Cakap Kasar- Ryan Bakery Dikecam Hebat, Ramai Yang Terasa

17-8-2023 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9425| Komen: 103

Ramai pihak tak senang dengan video konten yang dihasilkan Ryan Bakery baru-baru ini.

Namun katanya, video itu tidak menghentam mana-mana pihak sebaliknya merupakan pengalaman sendiri yang pernah dilalui dalam hidupnya.


Foto: IG

“Memang ramai yang marahkan saya bila saya buat video mengenai pekerja hospital yang menjaga kaunter itu. Malah, ramai juga yang follow akaun Tik Tok saya disebabkan video tersebut.

“Saya rasa, mungkin mereka dari kalangan yang terasa. Memang dari dahulu lagi saya selalu membuat video tentang ragam masyarakat.

“Bila saya buat video tersebut, bukan bermakna saya nak hentam sektor kesihatan. Habis tu, kalau saya buat konten mengenai peniaga, itu bermakna saya jatuhkan peniaga juga ke? Tidak,” katanya kepada Gempak.



Disebabkan video itu juga, Ryan berkata ada segelintir pihak yang menegurnya sehingga ke ruangan direct message (DM).

“Video itu merupakan pengalaman saya sepanjang berjumpa dengan orang. Namun, saya jadikan isu tersebut sebagai hiburan sahaja dan bukan untuk menyerang mana-mana pihak.

“Bila ada yang DM dan menegur saya mengenai video kaunter hospital itu, saya muat naik satu Instagram Stories dan terangkan semula kepada mereka secara baik.



“Saya bagitahu yang saya tiada niat nak menghina dan saya hanya lakonkan semula ragam manusia di Malaysia ini.

“Konten ini ada pelbagai jenis. Mungkin nanti kita buat video fasal polis yang jaga roadblock pula,” jelasnya.

Terdahulu, Ryan telah memuat naik sebuah konten mengenai ragam petugas kesihatan yang menjaga kaunter pendaftaran di hospital.


Video berkenaan mendapat sambutan luar biasa sehingga meraih lebih tujuh juta tontonan di aplikasi TikTok.

Sebelum ini, Ryan memang dikenali sebagai pembikin konten yang selalu membawakan isu berkaitan dengan ragam masyarakat.

Dalam perkembangan terbaharu, Ryan telah tercalon untuk kategori Popular Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023.


Tik Tok Award Malaysia 2023 bakal berlangsung pada 27 Ogos ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.

Tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Sherry Alhadad, Izzue Islam dan Amelia Henderson telah diberikan tanggungjawab selaku pengacara. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote IvyGorgon 17-8-2023 01:54 PM
Iols aje ke rasa heols ni so boring? Makin hari makin boring, berlakon acah2 terencat, menyampah tengok. Content mostly tak bijak. Bodoh, enough said.
Quote kalchi 17-8-2023 02:12 PM
Tp apa yg salahnya video tu? Mmg ada staff mcmtu pon, walaupon skrg dah ramai staff kerajaan yg bg layanan baik. Lakonan dia mmg spot on, staff tu tak kurang ajar cuma tak mesra melayan je la.
Quote silampumeja 17-8-2023 02:23 PM
IvyGorgon replied at 17-8-2023 05:54 AM
Iols aje ke rasa heols ni so boring? Makin hari makin boring, berlakon acah2 terencat, menyampah ten ...

Memang sama la kita . I pun rasa gitu... Bosan. Lama dh xfollow
Quote red_velvet 17-8-2023 02:29 PM
Heols macam da kering idea..sekarang ajak bini pulak sama2 wat content.. parody yg dia buat ni memang realiti pun. Kena terima hakikat lah memang sesetengah front desk ni suka buat muka ketat bukan setakat staff gomen je, swasta pun ada jugak kekwat camtu...aku pernah kena bukan takat staff hospital he ...dgn kerani pejabat pos pun prnah , bank pun ada  jumpa staff kaunter yang tak mesra alam..  ketuk keyboard n cop2 kertas tu gedegang gedegung acah terpaling bizi .....
Quote Thunderclouds 17-8-2023 02:32 PM
Mmg spot on betol.
Health care punya front desk specifically gomen punya mmg lain macem dia punya attitude.
Aku p klinik uitm pn sama.
Mcm kita nk mintak sedekah.
Eh..pulis wat roadblock tgh² panas lg manis muka tau.
To be fair,sepital ampang service tiptop dlm byk byk byk sepital gomen aku dh p.
Quote haruslah 17-8-2023 02:35 PM
Gomen sektor ni ade 2 jenis keje ko xleh usik
Cikgu cikgi, doc/ nurse...
Quote kevler 17-8-2023 02:37 PM
Thunderclouds replied at 17-8-2023 02:32 PM
Mmg spot on betol.
Health care punya front desk specifically gomen punya mmg lain macem dia punya at ...

ramai yg puji hospital ampang..
Quote elzy 17-8-2023 02:43 PM
IvyGorgon: Iols aje ke rasa heols ni so boring? Makin hari makin boring, berlakon acah2 terencat, menyampah tengok. Content mostly tak bijak. Bodoh, enough said.


Yup, well said!

Quote sangbara2020 17-8-2023 02:43 PM
sbb masyarakat kita dh dimomokkan dgn drama yg entah hape2
bila buat cerita kenyataan sikit mula la gelabah nenen memasing
Quote alieyrina 17-8-2023 02:47 PM
Heran aku mcm ni pun ada tolower ?
Quote dekmieDandy 17-8-2023 02:51 PM
iolss terhibur je dengan content dia ni, probably sebab umur lebih kurang kot, so boleh nak relate
Quote prettyuglybabe 17-8-2023 02:56 PM
i pun tak minat beliau..
tapi sapa makan cili dia rasa pedas..
Quote fatinz 17-8-2023 02:59 PM
Bagi aku dia ni best..content pun relevant je
Quote cikatilia 17-8-2023 03:00 PM
IvyGorgon: Iols aje ke rasa heols ni so boring? Makin hari makin boring, berlakon acah2 terencat, menyampah tengok. Content mostly tak bijak. Bodoh, enough said.

kan?? aku pon heran xbosan ke life dok pikir content content content
bini pon sama..

Quote uda 17-8-2023 03:06 PM
Thunderclouds replied at 17-8-2023 02:32 PM
Mmg spot on betol.
Health care punya front desk specifically gomen punya mmg lain macem dia punya at ...

Lagi satu ..macamlah kita ni paksa dia kerja.
Quote kucingitam 17-8-2023 03:08 PM
benda betul kan..berapa ramai yg komplen pasal kakitangan kaunter kkm.. belum lagi yang kena perli2 dgn acik misi..
Quote elnor_81 17-8-2023 03:22 PM
Ad konten dia ok..ad yg boring. Tp yg kaunter ni..mmg cmni. Masam je muka..cubalah senyum sket
Quote sofi_sofia 17-8-2023 03:22 PM
kali ni meols side ryan .. mmg betul pun front desk klinik mmg biasanya muka ketat kerek camtu! so tak der aper yg nak dibitter kan ...
Quote Tunan 17-8-2023 03:36 PM
kucingitam replied at 17-8-2023 03:08 PM
benda betul kan..berapa ramai yg komplen pasal kakitangan kaunter kkm.. belum lagi yang kena perli2  ...

Iols pernah kena marah dgn misi sbb tak cukup zat
Masa sek dulu

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.496888 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top