Pelakon, Raja Atiqullah, 23, mendedahkan selesai menjalani rawatan selepas disahkan terkena buatan orang kira-kira sebulan lalu. Kata pelakon yang mesra disapa Atiq itu, rawatan tersebut adalah yang kedua dilakukan untuk memastikan dirinya bebas sihir tersebut.
“Keadaan ini (disihir) tidak membuat saya sakit, tetapi menghalang tawaran berlakon. “Sebenarnya sudah lama saya terkena buatan orang. Cuma saya yang tak tahu. “Enam bulan saya tak terima tawaran berlakon. Sebenarnya bukan saya tak mahu (berlakon), tetapi job memang tak sampai kepada saya. “Selepas menjalani rawatan, baru saya tahu saya terkena buatan orang,” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu menjalani penggambaran drama Hawt Fellas dekat sini baru-baru ini. Atiq memaklumkan dia tidak mengenali siapa pelaku disebalik perbuatan itu. “Perawat ada memaklumkan yang menyihir saya adalah dalam kalangan rakan artis juga. Tapi saya tak tahu siapa.
“Industri seni kita tak sebesar mana. Saya tahu ada yang kurang senang dengan saya. Cuma saya tak mahu tuduh sesiapa. “Alhamdulillah, saya bersyukur tawaran berlakon mula masuk selepas saya dirawat,” kongsinya. Sumber: Utusan
|
prince_marhaen replied at 17-8-2023 02:55 PM
kalau mulut macam kau ni siapa je tak menyirap, baru budak2 konek pun kencing bercabang lagi dah ban ...
GegarVaganja replied at 17-8-2023 02:58 PM
Gosip uolls lebih panas.
Apa kes heolls ni?
Janetnasuha replied at 17-8-2023 09:11 PM
Kirenya masa i lepas belajar dulu dekat 1 tahun tak keje, kire nyah di sihir lah yer????? Budak2 lep ...
ADVERTISEMENT