Ali Puteh tak nak mengeluarkan kenyataan balas berhubung tindakan Hidayah yang memberi peringatan supata dirinya segera bayar duit saman. Katanya menerusi Live di TikTok, dia memilih untuk menjadi orang yang matang kerana enggan melanjutkan isu.
Tambahnya lagi dia ingin fokus kepada perniagaannya kini iaitu sambal petai terangkat dan sambal jering berlado. "Takpa saya okey. Jangan risau. Saya bertindak matang kali ini. Tak ada nak keluar kenyataan. Saya nak fokus dengan berniaga. Bila dapat tahu mengenai kenyataan hidayah, media banyak hubungi saya. Cuma saya tak nak layan. Kalau layan jadi masalah. Saya ambil tindakan bijak, masak sambal macam biasa fokus dengan bisnes." Ali juga kata memang wujud manusia yang tidak senang melihat kejayaan orang lain.
"Biasalah saya tengah seronok berniaga, mana boleh orang tengok kita senang. Bila berniaga ini, tak ada orang lain nak menjatuhkan selain orang kita jadi jangan layan. "Dah masuk tiga tahun, benda kecil macam ni tak kan tak boleh urus. Yang saya tahu, teruskan meniaga macam biasa."
|
Belibis replied at 17-8-2023 11:41 AM
Masa ko tak berduit,memang la dayah senyap..dah gebang bisnes masyukkkk,tentula dia mintak hak dia.. ...
ADVERTISEMENT