CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Da'I Syed Terbit Buku Kisah Cinta Dengan Hana Ismail -"Boleh Jadi Panduan Untuk Cari Jodoh, Pembeli Bertuah Dapat Hadiah Motor"

17-8-2023 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6100| Komen: 62

Pembaca bertuah yang membeli buku hasil tulisan Da'i Syed berjudul 7 Hari Istikharah akan menerima hadiah motosikal kesayangannya.

Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalulail, 28, berkata, tidak salah untuk berkongsi motosikal berharga hampir RM20,000 itu kepada peminat yang banyak memberi sokongan terhadap kariernya sebelum ini.



Foto: IG

"Motosikal itu saya baru beli sekitar bulan puasa lalu. Memang sayang, tapi ada juga terfikir untuk jual semula.

"Namun isteri saya katakan lebih baik berikan sebagai hadiah. Apa salahnya saya kongsikan benda yang saya sayang untuk orang telah memberi sokongan selama ini.

"Daripada saya jual lebih baik jadikan ia sebagai hadiah. Tetapi nak dapat ada syarat," katanya kepada mStar.



Tambah Syed motosikal itu juga telah diubah suai dengan rekaan tersendiri dan menelan belanja lebih kurang RM10,000.

Motosikal jenis Daytona 350CC itu dijadikan sebagai hadiah utama pemenang cabutan bertuah pembeli buku tulisannya yang akan diumumkan sekitar Oktober nanti.


Sementara itu, berkongsi tentang buku tersebut Syed memberitahu dia mula menulis sejak Februari lalu dan kisah yang dipaparkan adalah perkongsian peribadi tentang perkenalan dengan Isteri Hana Ismail.

"Buku ini menceritakan tentang pertemuan saya dan isteri. Dalam tempoh singkat kami kenal dan dan berkahwin.

"Sepanjang tempoh tersebut ada sesi taaruf dan kami lakukan istikharah sebelum berkahwin. Jadi itulah yang ingin disampaikan kepada pembaca," katanya kepada mStar.


Antara lain buku berkenaan turut menyelitkan laporan mStar yang mula menceritkan perhubungan Syed dan Hana di mana ketika itu belum diketahui ramai.

Bagi Syed kisah ini juga menjadi panduan buat pembaca dalam soal mencari jodoh.


"Semua orang melalui fasa yang sama. Jadi saya harap buku ini juga boleh dijadikan rujukan buat pembaca.


"Antara kisah yang saya ceritakan adalah laporan mStar yang menjadikan hubungan kami viral," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 17-8-2023 11:04 AM
kes dia dulu apa citer? menang ke?
Quote Antifake 17-8-2023 11:09 AM
Ada ke yang nak beli…?
Quote menjad 17-8-2023 11:21 AM
Aiyoooo aikkk sapa jer nak tau kesah korang. Yg ada nih pun koserrrr nak tengok
Quote Belibis 17-8-2023 11:38 AM
Asal dari program agama..last2 berlakon jadi bomoh lawan antu..kesiannnn.
Quote izat123 17-8-2023 11:39 AM
Dia selitkan sekali tak kes sexual harassment dia dalam buku tu?
Quote confessorlady 17-8-2023 11:40 AM
weiii nak muntah!!!
Quote Burong_Hantuk 17-8-2023 11:48 AM
org bodo jer yg beli buku bodo tu
Quote jlo 17-8-2023 11:50 AM
hmmm speechless
Quote tipah89 17-8-2023 11:58 AM
kes xnak masuk sekali ke??? sapa yg desperate sgt nak beli buku kisah sinta dua orang yg ntah dari mana datang ni?
Quote Parit.Hilton 17-8-2023 12:06 PM
kawin tak sampai 5 tahun dah beria nak buat buku kisah cinta dia pulak
puihhhh


harap ada selit sekali kes rogol
Quote adra5028 17-8-2023 12:08 PM
2-2 poyo..sapa la yang minat dengan dia ni..
adoiii
Quote cahaya_almas 17-8-2023 12:11 PM
Amboi2...ada ke yg nak beli ni...haha...
Quote Aneem 17-8-2023 12:15 PM
Meluat lak tgk taik lalat bini wukong ni
Rasa mcm nk jentik2 kan aje
Quote tintin22 17-8-2023 12:20 PM
Quote bayan_nuri 17-8-2023 12:26 PM
kesian pokok-pokok yang terkorban dijadikan kertas untuk cetak buku kesah centa terpaling alim ni
Quote prince_marhaen 17-8-2023 12:34 PM
laki bini dah tua tapi kemaruk social media, gila likes & repost bagai... macam lah kau selebriti, bini pun ex staff astro jek.. laki kaki celop batang mancis wukong tu pun bangga sangat macam dapat tongkat emas wukong.. jangan kena jangkit penyakit sudahhh..
Quote AkokKocik 17-8-2023 12:46 PM
Benda yg dia dh pakai nk buat sbg hadiah, fuuhhh..
Quote insyi81 17-8-2023 12:50 PM
terpaling jd suami isteri soleh solehah ke ni sampai nl kami baca buku kamu
Quote AcikCleaner 17-8-2023 12:53 PM
Acah² fairytale ke kisah diorg ni sampai nak kena buat buku?nak muntah [em:11:]

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.191580 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top