CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Janna Nick Dan Dini Beli Rumah Baharu, Kena Kerja Lebih Sebab Duit Dah Habis Masa Kahwin

9-8-2023 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8524| Komen: 56

Hampir dua bulan kahwin, Dini Schatzmann dan Janna Nick bakal berpindah ke rumah baharu sekitar penghujung bulan ini.

Dini berkata, dia bersama Janna akan berpindah ke rumah baharu mereka yang dibeli di sekitar Kuala Lumpur sahaja.


Foto: IG

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu memberitahu, dia kini perlu bekerja keras kerana telah banyak berhabis ketika majlis pernikahannya pada Jun lalu.

“Fokus sekarang, selain berpindah ke rumah baharu, saya dan Janna perlu bekerja keras sebab duit dah banyak keluar ketika berkahwin.

“Jadi sekarang masa untuk kembali bekerja keras. Insya-Allah selepas ini akan ada cahaya mata pula. Semua itu memerlukan duit,” katanya.


Kata pelakon drama Cik PA Tuan Ash itu, tidak banyak perubahan yang berlaku pada dirinya selepas bergelar suami memandangkan dia dan juga Janna menjalani kehidupan seperti biasa.

“Apa yang berubah, bila balik rumah kami akan meluangkan masa bersama-sama. Bangun pagi, ada isteri di sisi.

“Selepas berkahwin, kami pun tidak merancang untuk memperlahankan kerjaya seni masing-masing,” jelasnya.



Terdahulu, Dini dan Janna sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Aisyah di Pulau Langkawi, Kedah pada 10 Jun lalu.

Pasangan sejoli itu dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.


Pada majlis pernikahan tersebut, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.

Jumlah mas kahwin tersebut dipilih sebagai simbolik kepada tarikh perkenalan mereka iaitu pada 27 Mac 2019. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 9-8-2023 07:30 PM
Memandai je tuduh duit dah habis
Quote telracs 9-8-2023 11:10 PM
Masa awal² kemunculan Janna Nick dulu, dia pun dah ada beli sebuah rumah, kan.
Jual yang tu, beli yang baru? Atau tambah satu lagi rumah?
Tahniah lah.
Quote wafeloren 9-8-2023 11:33 PM
Janna nampak sopan lepas kawin. Bagus la sebab kurang sikit kene body shaming.
Quote lanacondor 9-8-2023 11:43 PM
Laki ko helok noks.
Quote anony-mous 9-8-2023 11:49 PM
X sabar tggu ank they all mesti comel2
Quote DeLuna85 10-8-2023 12:08 AM
Comel pula janna pakai turban macam tu. dan mereka sepadan
Quote aemon 10-8-2023 12:20 AM
Mana kaka dudeberhias ni..dia suka nganjing dini like poji nawawi beruk alps tu.
Quote jalfa 10-8-2023 02:57 AM
Hensemnya dini.kacuk mesti menjadi ni...mesti comel kalu anak pompuan
Quote KBW2 10-8-2023 06:30 AM
Janna Nick tu aku nampaklah kerjayanya, beruk salji ni kerjaya apa eh?
Quote love_warrior 10-8-2023 06:34 AM
telracs replied at 9-8-2023 03:10 PM
Masa awal² kemunculan Janna Nick dulu, dia pun dah ada beli sebuah rumah, kan.
Jual yang tu, beli y ...

May be rumah skrg bg family duduk
Quote Shahman86 10-8-2023 06:57 AM
Btw makbapak si dini ada lagi ke? Knp masa kahwin hari tu taknampak pon mcm dia bergambar dgn makbapak dini.
Quote Fly_over 10-8-2023 07:10 AM
kang menambah stgressss
Quote zuriey 10-8-2023 07:36 AM
Nasib ko la dini dpt Bini weng
Harp bertahan la
Baca kisah2 kwn yg Ada bilopar ni mmg tak mudah utk pasangan NK fhm
Quote sangbara2020 10-8-2023 07:55 AM
dia kan ke anxiety ke hape penyakit gila tu
boleh ke beranak..opkos la boleh tp xmenjangkit ke ank ke sok
Quote TomyamPuteh 10-8-2023 07:57 AM
Sedap betul menghina rupa paras org.
Quote KirazMevsimi 10-8-2023 07:57 AM
best nyaaaa ada rezeki rumah sendiri
Quote KirazMevsimi 10-8-2023 07:59 AM
kerjaya seni dini, banyak di belakang tabir ke? jarang nengok muncul kaca tv. ke iols yang tatau
Quote helicornia 10-8-2023 08:04 AM
sat lagi mula ada yg mengadu menangis letih, mental down segala
keje teruk tak berenti banyak nak kena tanggung
beli la 10 buah rumah pun, tapi nanti jgn memekak
Quote she 10-8-2023 08:06 AM
Segak laki Janna
Jauh tinggal Jen Sardin bertiang

Harap dapat anak comel loteeeee

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.060299 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top