CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rosyam Nor Berang Gambarnya Diguna Tanpa Kebenaran, Nafi Terlibat Dalam Skim Pelaburan

9-8-2023 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2666| Komen: 1

Datuk Rosyam Nor berang gambarnya digunakan tanpa kebenaran sekaligus menegaskan dirinya tidak pernah terlibat dengan mana-mana skim pelaburan di Malaysia.

Kata Rosyam, 56, tindakan pihak berkenaan menggunakan fotonya bagi tujuan menarik orang ramai menyertai aktiviti pelaburan itu adalah salah dan tidak bertanggungjawab.



"Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... saya hanya nak beritahu ada banyak sangat iklan fasal saham yang menggunakan gambar saya dan ramai orang yang terpengaruh.

"Saya nak beritahu, saya tiada kena mengena dengan apa-apa perkara berkaitan saham. Jadi, itulah adalah satu penipuan," katanya di Instagram.

Menerusi perkongsian video berkenaan juga, Rosyam berkongsi beberapa paparan skrin iklan di Facebook yang memaparkan fotonya diguna bagi tujuan mempromosikan pelaburan saham.



Justeru itu, pelakon filem KL Gangster ini menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan penipuan yang dilakukan.

"Scam ni tolong jangan percaya.

"Jangan cepat percaya apabila mereka menggunakan gambar saya. Saya harap semua orang berhati-hati dengan situasi sekarang ini. Terima kasih," ujarnya.

Sebelum ini, beberapa artis turut mengalami nasib yang sama antaranya Datuk Awie yang mendedahkan foto dia bersama rakan artis lain seperti Ahmad Dhani, Ziana Zain, Erra Fazira dan Ella digunakan bagi memperdayakan orang ramai.

Foto artis-artis berkenaan digunakan untuk menipu orang ramai kononnya mereka bakal menganjurkan sebuah konsert di Sabah pada Februari 2023. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 9-8-2023 05:15 PM
Wahh tanam rambut lebat pulak ye.. ahahah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.037859 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top