CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Celine Dion Malaysia! David Foster Terpukau Vokal Padu Siti Nurhaliza

9-8-2023 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3404| Komen: 8

UALA LUMPUR – Disebakan vokal yang menakjubkan,  komposer antarabangsa, David Foster mencabar Datuk Seri Siti Nurhaliza membawakan lagu bernada tinggi dipopularkan Celine Dion berjudul All By Myself secara spontan, kelmarin.


Biarpun karya ciptaan dan dendangan asal Eric Carmen pada 1975 itu tiada dalam senarai Konsert Hitman: David Foster and Friends Asia Tour 2023 di Mega Star Arena, penghibur itu tetap memenuhi permintaan maestro muzik dihormatinya.

Foto: IG

Tepukan gemuruh bergema di gelanggang acara di Plaza Sungei Wang itu sebaik Siti menyampaikan tiga rangkap seleksi malar segar yang menjadi siulan ramai hingga ke hari ini.

Biarpun tidak meneruskan nyanyian hingga ke baris akhir, beliau yang cukup yakin berbual dengan pemuzik idola ramai itu berjanji akan menyampaikan seleksi hits berkenaan pada persembahan akan datang.

Akui Siti yang tidak berselindung memaklumkan perlu berlatih dahulu sebelum membawakan lagu tersebut.




Bukan hanya 3,000 penonton bersorak membayangkan kekaguman, Foster yang mengundang satu-satunya penghibur Malaysia itu untuk tampil dalam konsertnya di Kuala Lumpur, selain di Singapura turut melayangkan pujian.

“Beliau mempunyai suara yang sangat merdu, saya sangat menyukainya,” luah penerima 16 Anugerah Grammy itu pada konsert amal anjuran Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) yang disambut jeritan ramai.

Sebelum itu, Siti menyampaikan hits dendangan asal Jennifer Rush tetapi dipopularkan Dion, The Power of Love yang membuatkan khalayak terpukau dengan lenggok nyanyian yang tersendiri.



Nyata percaturan pemuzik asal Kanada itu mengundang Siti sebagai pilihan tepat untuk berkongsi pentas dengan Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred dan Katharine McPhee.

Video membabitkan kolaborasi antara Siti dan Foster turut tular di laman sosial hingga ramai meninggalkan komen dengan memujinya sebagai Celine Dion Malaysia.

Pada persembahan mega tersebut, penggiat seni berusia 44 tahun itu ti menyampaikan sebuah lagu baharunya daripada album SITISM Sehebat Matahari yang turut diiringi petikan piano Foster.


Konsert Hitman: David Foster and Friends Asia Tour 2023 yang berdurasi sekitar dua jam menyaksikan rangkaian katalog lagu popular seperti When a ManLove a Woman, Beauty and the Beast, A Whole New World dan I Swear.


Kali pertama kedua-dua figura itu sepentas adalah sekitar sembilan tahun lalu apabila Foster mengiringi penyanyi tersebut membawakan I Will Always Love You (Whitney Houston) pada Malam Gala Sapura Kencana Petroleum Malaysia Grand Prix. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 9-8-2023 12:30 PM
Baju pink konsert KL tu memang cantik betul sesuai dgn diva tokti, baju kedua kt SG tu ramai tak suka (baca kt komen ig) tapi pada iols baju kedua ni vibe casual, cantik gak cuma tak la menonjol macam baju first.

Baju rr dulu lagi hauk
Quote dusunmind 9-8-2023 01:04 PM
mana video dia nyanyi tu?
Quote Zazama 9-8-2023 04:31 PM
Tp ending lagu power of love tu, ct belum sampai sepenuhnya ke situ. Overall mmg ct bawa dgn baik.
Quote freyayong 9-8-2023 04:37 PM
doubleA replied at 9-8-2023 12:30 PM
Baju pink konsert KL tu memang cantik betul sesuai dgn diva tokti, baju kedua kt SG tu ramai tak suk ...

setuju. sebenarnya baju yg pink tu dah cantik sgt so overpower baju yg mlm kedua tu. tp dari segi persembahan malam kedua jadi lebih powerful..
Quote Purplehaz 9-8-2023 04:41 PM
Manalah kakadud...dh berhari2 lame x masuk Komen. Rindu Komen dia paling top dan terhibur.
Hrp dia sihat. Busy sgt kot
Quote sleepandream 9-8-2023 07:00 PM
okla tu walaupon iols pun kurang berkenan dengan baju malam dekat singapore tu...
ni baju cantik2 pon tapi nyanyi terbeliak2 suara malas2 pon nak buatpo... makan hati la haterz2 david foster takdan puji2 idolat haterz
Quote LadyCarefree 9-8-2023 07:16 PM
Sikit2 macam (insert retis amerika/korea punya nama). Kesian retis Msia seluruh nyawa buktikan no 1 kat Msia pun diiktiraf hanya sebagai clone penyanyi lain.
Quote chiyoasuka 12-8-2023 02:04 AM
cantik plak baju pink tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.195424 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top