CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dakwaan Lisdawati Tak Ada Job 4 Tahun Sebab Bertudung, Fauzi Nawawi Kesal "Maruah Saya Tercalar Sebagai Seorang Suami"

9-8-2023 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7392| Komen: 30

Kecoh sebelum ini apabila Lisdawati didakwa tiada tawaran berlakon selama empat tahun selepas mengenakan hijab.

Susulan itu suaminya, Fauzi Nawawi tampil menjelaskan perkara sebenar.

Foto: IG

Fauzi berkata kenyataan itu disalah erti oleh orang ramai disebabkan penggunaan tajuk berita berkenaan dan apa yang dikongsikan isterinya hanya mengenai cabaran yang dihadapi selepas berhijab beberapa tahun lalu.

“Isteri saya ditemu bual tentang situasi artis perempuan yang bertudung kemudian buka dan dia hanya ingin beri inspirasi di mana pada mula-mula dia berhijab dulu, sehingga empat tahun tak ada shooting.

“Namun headline yang dikeluarkan portal tersebut telah disalah erti. Perkara itu berlaku dah lama, bukannya waktu sekarang. Memang saya akui, awal-awal dia bertudung dulu berlaku kejadian tersebut sampai dia rasa sedih.



“Tapi dia ambil ujian itu sebagai cabaran untuk diri sendiri. Setiap kali mendekatkan diri dengan Allah, ada perkara lain yang akan menjauhkan diri dengan-Nya.

“Berkat sabar dia, ada sahaja tawaran yang diterima selepas itu. Isu yang berlaku adalah salah faham sahaja daripada tajuk yang dikeluarkan," jelasnya kepada Gempak.


Dalam masa sama, aktor berusia 50 tahun itu akui maruahnya sedikit tercalar selepas membaca berita berkenaan.

"Reaksi isteri saya bila keluar kenyataan sedemikian, dia bersikap biasa sahaja. Malas untuk mengambil serius sangat. Tapi untuk saya sendiri, bila baca tajuk sedemikian, maruah saya tercalar sebagai seorang suami.


"Mustahil bila keluar berita macam itu saya tidak baca. Bila saya baca lagi komen-komen negatif netizen, memang terasa. Masyarakat sekarang pula lebih suka mencerca daripada membaca," tambahnya.-CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 9-8-2023 12:21 PM
Beruk salji berbunyi
Video menumbuk sambal pun masih ada.
Senyap ja la
Quote doubleA 9-8-2023 12:28 PM
Pojie ni awet muda mukanya, macam rosyam gak la. Padahal dah bercucu.
Quote cheezel 9-8-2023 12:35 PM
doubleA replied at 9-8-2023 12:28 PM
Pojie ni awet muda mukanya, macam rosyam gak la. Padahal dah bercucu.

Dah nampak kertu la
Quote doubleA 9-8-2023 12:37 PM
cheezel replied at 9-8-2023 12:35 PM
Dah nampak kertu la

Kedut2 la juga kulit muka tu tapi pada iols masih nampak “muda” sebab rambut lebat lagi, muka pun takla kendur sgt, pakaian pun mcm org muda perut pun tak boroi sgt, so utk umur dia, masih presentable. Tu la maksudnya
Quote EncikRhoma 9-8-2023 01:33 PM
Dia bergaduh dengan ritrud dulu sebab apa ye? Berebut jantan ke?
Quote petpot 9-8-2023 02:28 PM
EncikRhoma replied at 9-8-2023 01:33 PM
Dia bergaduh dengan ritrud dulu sebab apa ye? Berebut jantan ke?

rebut kan si poji ni la kan. hahahaha.
Quote Burong_Hantuk 9-8-2023 02:39 PM
dulu masa glamour korang laki bini kemain sombong
Quote ezacbee 9-8-2023 04:01 PM
doubleA replied at 9-8-2023 12:37 PM
Kedut2 la juga kulit muka tu tapi pada iols masih nampak “muda” sebab rambut lebat lagi, muka pu ...

Ya masih segak berbeza hero remaja dulu badrul muhayat n azhar sulaiman semua mengecut.

Quote tuntasha 9-8-2023 04:08 PM
Laki bini ni dorang tak de communication ke apa? Dah dedua baham sesama sendiri
Quote LadyCarefree 9-8-2023 07:39 PM
tuntasha replied at 9-8-2023 03:08 PM
Laki bini ni dorang tak de communication ke apa? Dah dedua baham sesama sendiri

Siapa pernah duduk berjiran dgn dua ekor ni kat cheras dulu tau laaaaa
Quote snowflakes 9-8-2023 08:17 PM
Masyarakat sekarang lebih suka mencerca dari membaca.
Yang ni betul
Quote ashilalat 9-8-2023 09:03 PM
LadyCarefree replied at 9-8-2023 07:39 PM
Siapa pernah duduk berjiran dgn dua ekor ni kat cheras dulu tau laaaaa

Tumpahkan teh zis! Dipersilakan...
Quote minahgempal 9-8-2023 09:41 PM
LadyCarefree replied at 9-8-2023 07:39 PM
Siapa pernah duduk berjiran dgn dua ekor ni kat cheras dulu tau laaaaa

Spill tea sikit..nak tau jgk..
Quote DeLuna85 10-8-2023 12:13 AM
Ayat wartawan puncanya nu
Quote naina 10-8-2023 12:24 AM
LadyCarefree replied at 9-8-2023 07:39 PM
Siapa pernah duduk berjiran dgn dua ekor ni kat cheras dulu tau laaaaa

Halah2..alang2 cerita habis la sis..baru namanya gosip tempatan
Quote LadyCarefree 10-8-2023 02:41 AM
naina replied at 9-8-2023 11:24 PM
Halah2..alang2 cerita habis la sis..baru namanya gosip tempatan

Baca balik apa @tuntasha tulis. iols hanya mengiyakan sbb pernah dgr benda sama. Nak gosip apanya lagi?
Quote caramello 10-8-2023 07:06 AM
LadyCarefree replied at 9-8-2023 07:39 PM
Siapa pernah duduk berjiran dgn dua ekor ni kat cheras dulu tau laaaaa

Nape?hari2 baling periuk belanga ke dorg
Quote mamapea 10-8-2023 07:59 AM
LadyCarefree replied at 10-8-2023 02:41 AM
Baca balik apa @tuntasha tulis. iols hanya mengiyakan sbb pernah dgr benda sama. Nak gosip apanya  ...

aku pernah baca tp ingat2 lupa...kiranya diorg ni dpn camera, dlm socmed & kt dlm rumah watak lain2 la ye...
Quote she 10-8-2023 08:02 AM
Kalau boleh saya tidak mahu komen pasal penampilan saya ini. Dan saya tidak juga umumkan dimana-mana bahawa saya sudah bertudung atau sebagainya kerana saya tidak mahu dilabel atau dihukum mana-mana pihak terutamanya masyarakat. Sebagai seorang pelakon, saya kena paham dan professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan, harap orang ramai dan peminat tahu mengenai itu. Tetapi dihati kecil saya sendiri saya inginkan perubahan kearah kebaikan. Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.

Petikan sepoloh tahon lalu

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.198981 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top