CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tangguh-Tangguh Kahwin Akhirnya Melopong Tak Jadi- Dah Putus Dengan Nafiez Zaidi, Fify Azmi Berkeras Nak Pisah

9-8-2023 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8373| Komen: 43

Nafiez Zaidi dan Fify Azmi dah putus! Hubungan terlerai sejak Hari Raya Aidilfitri selepas dua tahun menyulam cinta.

Kata Nafiez mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Disember tahun lalu namun menangguhkannya atas permintaan bekas kekasihnya.



Foto: IG

“Ya, saya dan Fify sudah tiada apa-apa hubungan sejak raya puasa lalu. Memang betul sebelum ini keluarga saya sudah merisik Fify dan kami dah ada tarikh untuk bernikah pun.

“Ikutkan perancangan asal, kami patutnya bernikah pada Disember tahun lalu. Tapi masa saya tengah jalani penggambaran filem MALBATT di Turki, Fify ada hubungi saya untuk minta tangguh pernikahan kami.

“Masa itu, saya ikutkan sahaja kemahuan dia… tapi sejak itu juga, hubungan kami semakin renggang. Ada banyak perselisihan faham antara kami dan akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah,” katanya kepada Gempak.



Bukan berpunca daripada orang ketiga atau imej seksi Fify, Nafiez memberitahu dia sudah mencuba untuk mempertahankan hubungan mereka namun aktres itu tetap mahu berpisah.

“Bukan sebab orang ketiga atau penampilan seksi dia menjadi punca kami berpisah. Tapi mungkin bagi dia, tiada keserasian lagi. Saya ada juga usaha untuk pertahankan hubungan kami, tapi Fify yang berkeras untuk berpisah.




“Untuk kebaikan, kita pun berpisah la. Kami masih berkawan tapi sudah lama tak berhubung. Kalau boleh, nak profesional, boleh berkawan, lepak dan bekerjasama,” ujarnya.

Hubungan cinta Nafiez dan Fify mula diketahui umum sekitar Disember 2021 dan keluarga aktor itu dikhabarkan sudah menghantar rombongan merisik pada Jun 2022. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 9-8-2023 11:23 AM
ex dia nie yg tiba2 bln pose berendam berbikini klau x silap..
Quote cantthinkofany 9-8-2023 11:36 AM
udah2 bersedih and meratap...move on....yg ni banyak uncovered space kat body dia orang dah tengok...so tak surprise dh nanti....
Quote Duta lover 9-8-2023 12:44 PM
Nafiez ni pandai berlakon..tapi tak femes

Aku perasan dia ni berlakon kat drama tv9 dulu2...hahaha

Quote bondeh 9-8-2023 01:13 PM
Fify nih muka keras nampak garang. Nafiez muka lelaki sopan. Gitooo acik tilik muka orang.
Quote chinta89 9-8-2023 02:26 PM
lupakah kalian saat susah bersama2 tersadai di pulau kat Terengganu masa ombak kuat ribut kencang dlu?
Quote sukacactus 9-8-2023 02:36 PM
Sujud syukur kot fam laki ni
Lps ni cari cukup kain skit
Quote dewi_rina 9-8-2023 02:37 PM
sheols ni haritu berjoget-joget dgn influenza tu kan, aisar
Quote dewi_rina 9-8-2023 02:41 PM
Dalam gambar bukan main dah berpeluk-peluk theyols ni yek
Quote tulip-rain 9-8-2023 02:41 PM
Siape ni??
Quote LadyCarefree 9-8-2023 07:46 PM
Fify ni banyak betul ex ex nya. Yg plg sensasi dgn doc remy ke apanamanya dulu.
Quote aammyy 9-8-2023 07:55 PM
Fifu ni rambut dia mcm rambut palsu, keras. Ke sebab dia colour rambut dia jadi kering?
Quote heythere123 9-8-2023 08:00 PM
ke hulu ke hilir last2 break jua.

tak berbaloi noks
Quote heythere123 9-8-2023 08:00 PM
aammyy replied at 9-8-2023 07:55 PM
Fifu ni rambut dia mcm rambut palsu, keras. Ke sebab dia colour rambut dia jadi kering?

probably sebab rambut kaler la kot. Lagi2 sheols pernah bleach rambut kan
Quote anony-mous 9-8-2023 08:13 PM
Dah agk dah sbb dari last year mcm dah x upload gmbar sekali. Based on cerita tu iols syak fify dah ada yg lg herlok. Tp kalau malbatt raih kutipan byk, melepas la bonus
Quote likilu 9-8-2023 08:20 PM
Dia ni pengacara kan dulu? Ke bukan? Tv3 kot
Quote one_aiman 9-8-2023 08:21 PM
sekurang2nya boleh kembali ke pangkal jalan..ok la tu x jadi kawen
Quote azimodin 9-8-2023 08:57 PM
Duta lover: Nafiez ni pandai berlakon..tap ...


Dia banyak drama/telemovie kat rtm.. jadi hero pon ada. Iouls rasa dia memang sesuai jadi hero drama rtm, bukan drama pukul 7 tv3..hehe
Quote KikiHadid 9-8-2023 09:09 PM
Duta lover replied at 9-8-2023 12:44 PM
Nafiez ni pandai berlakon..tapi tak femes

Aku perasan dia ni berlakon kat drama tv9 dulu2...hahaha

Heolls ni dlu selalu berlakon drama under a.aida..not bad blh jgk berlakon
Quote izat123 9-8-2023 09:25 PM
Muka macam Ariel Peter Pan (ni dalam filem apa tah Hairul Azreen punya karakter cakap kat watak dia dalam tu hahaha sampai sekarang tengok dia memang nampak Ariel). Modal seksi je lol

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.060443 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top