Khai Bahar terlalu teruja pertama kali mengendalikan akaun twitter sehingga membuat lebih 10 perkongsian status dalam sehari . Katanya dia janggal dan kekok untuk menggunakan platform berkenaan kerana sebelum ini semua urusan dilakukan oleh pihak pengurusan.
"Kalau ada yang bertanya, iya... itulah (akaun) saya. Dah tua baru start main Twitter. Saya jadi noob sikit. "Sebelum ini orang lain yang buat, sekarang saya sendiri kendalikan. Selamat menggunakan Twitter," katanya. Khai yang mula aktif sejak Isnin lalu turut membuat sesi 'perkenalan' di laman Twitter yang kini dikenali aplikasi X dan mengakui terkejut membaca banyak cerita gosip di laman sosial itu. Dia juga jujur mengakui tidak tahu cara membalas status pengikut di laman Twitter itu.
|
ketupatnasi replied at 9-8-2023 09:37 PM
Errrr.... Mcm gegirl je gaya bila membahasakan diri guna nama sendiri. Khai sana...Khai sini.... :lo ...
ADVERTISEMENT