CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Shila Amzah Terima Lafaz Cerai ND Lala Melalui WhatsApp

9-8-2023 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15377| Komen: 148

Enggan timbul fitnah mengenai status hubungan mereka, ibu penyanyi Shila Amzah iaitu Datin Fauziah Sarman memaklumkan sudah diceraikan suaminya, penyanyi Datuk ND Lala.

Difahamkan, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 62, melafazkan cerai itu di Masjid Ar Rahman, Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu dan memaklumkan kepada dirinya melalui aplikasi WhatsApp pada pagi Selasa.



IG

"Alhamdulillah dengan izinNya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya, saya ingin memaklumkan kepada semua saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos.

"Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami (ND Lala) pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (Selasa) melalui WhatsApp," katanya.

Kata Fauziah, dia reda dengan takdir yang diterima selepas 34 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama suami.


Sementara itu, Fauziah turut meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi insan-insan hebat yang sering memberikan kekuatan untuk dirinya.

Pada 1 April lalu, Fauziah memuat naik foto seorang wanita termasuk mendedahkan namanya di Instagram dipercayai individu yang menjadi perosak rumah tangganya.

Fauziah pada 3 April lalu juga hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dipercayai bagi tujuan memfailkan penceraian terhadap ND Lala, namun dinafikan adik Shila iaitu Syada Amzah.




Untuk rekod, ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 62, mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada tahun 1989.


IG

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 9-8-2023 08:58 AM
Mak xila ni nampak lawa dan muda.
Sayang beribu kali sayang, usia perkahwinan 34 tahun terlerai mcm tu ja.

Tak tau la apa pak lalat skamer fikir.
Kalau kawin 2 3 tahun cerai takpa. Ni dh lebih 30 tahun kot. Biol punya bapak
Quote jlo 9-8-2023 08:58 AM
moga yg baik2 untuk dia..she masih cantik ...
Quote KamikuP 9-8-2023 09:00 AM
Moga move on mak shila ni.. tapi dah kene cerai bole ke pakai title Datin lagi noks?
Quote chekacheku 9-8-2023 09:02 AM
Semoga ada royals grab ex pak lalat ni..live happily ever after dilimpahi kemewahann kebahagiaan keimanan..gituu
Quote ketupatnasi 9-8-2023 09:10 AM
semoga acik pujiah baik2 ya terima aturan ini.. Btw ada rupa jugak acik pujiah ni...body pun masih in shape. muka boleh jual je, belakon jadi mak2 datin slot tibitigasuku.... macam mas anizan tu, comey pulak jadik mak datin

zaman acik rumaja, binik ND lala, binik Nash, binik Naser Wahab antara binik retis yang ada rupa dan behave jahhh...

Quote misspokoyo 9-8-2023 09:12 AM
mak xila ni mmg lawa
Quote beautifulorchid 9-8-2023 09:13 AM
sedihnya bila diri dibuang mcm tu je.. pengorbanan 34 yang di sia siakan.. anak pun dah besar besar..
nak kawin 2-3-4 kawinla.. jgn kawin muda kerana bini dah tua..salah tu
Quote umbut 9-8-2023 09:14 AM
Takda makna ler yg kata, kahwin lepas 15 tahun ke atas dah kira habis dugaan takpalah, acik tua2 pun cantik awet muda... nanti sakit biar bini muda jaga.. acik2 enjoy2 je, mana tau ada jodoh lagi hot.. anak2 pun dah besar... biar acik lalat lutut ketar  malam2 jaga baby
Quote Miawlover 9-8-2023 09:15 AM
Demi pucuk muda. Pucuk lama dipangkas. Tuntut harta sepencarian acik, hutang piutang tertunggak etc..
Quote NazRysha 9-8-2023 09:17 AM
Semoga mak dia bertemu jodoh dnegan orang baik
Quote caramello 9-8-2023 09:24 AM
Spesis org tua x sedar diri bersepah eh..udahler misai kontot..
Quote makita 9-8-2023 09:26 AM
Hahaha..agak2 pcik scammer ni bengang tak ex bini panjatkan rasa bersyukur siap terima kasih sbb laki lafaz talak?
Quote anony-mous 9-8-2023 09:27 AM
Sedih. 34 thn tu mcm nothing. Semata2 nak puki muda. Pdhal mak xila lg lawa
Quote babelina 9-8-2023 09:27 AM
semoga tabah hadapi dugaan dan yg baik2 sentiasa disisi..amin yra..
Quote HoneyManjer 9-8-2023 09:29 AM
geram aku kalau bab2 cerai ni

1) takde telo nye ko...cerai bini thru whatsapp (kalau betolla)
2) ko igt cerai senang? igt dah lafaz cerai tu da setel ke...haha ko tggu la nasib ko ND lala...

i feeeeel youuuuuuuuuuu aciks
Quote cantthinkofany 9-8-2023 09:29 AM
cara apa pun....no problem...no sweat...life goes on....move on je....
Quote jiwakacau06 9-8-2023 09:31 AM
pmpuan muda yg menyondol ni...ntah apa dlm otak diaorg.... klau dh lma brsama pn boleh buAng mcm tu ja...ni kan baru2...
kalau tetiba laki mati...mcm mna nk teruskan khdupan yg konon nya senang...
Quote supernaturalee 9-8-2023 09:34 AM
ironinya anak berkahwin parent plk divorced dlm mgu yg sama

Quote mamaterrer 9-8-2023 09:38 AM
Sedihnye,mgu ank kawen,kne cerai..Rosland pn cerai Bini yg kawen bpuluh thn demi Bini mude..lelaki mkin Tua mkin galak Dan mkin jodoh rasenye..

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.194183 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top