Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdilah berkata, sebagai bapa dia perlu mengimbangi kehidupan peribadi dan kerjaya dalam memastikan anak-anak mendapat perhatian sebaik mungkin. Meskipun menggunakan khidmat pembantu, Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 64,berkata itu bukan alasan untuk lepas tangan dalam menjalankan tanggungjawab bagi meringankan beban isteri di rumah.
"Bukan mudah ada anak kecil di rumah. Apa lagi dalam usia sekarang ini. Ada ketika fokus saya lari juga dan mengganggu aktiviti harian. "Memanglah ada pembantu, tapi saya kenalah tolong juga menguruskan anak-anak di rumah," katanya kepada mStar. Namun Jamal juga sentiasa percaya bahawa anak-anak adalah rezeki dan amanah yang perlu dijaga. Justeru walau penat bekerja mencari rezeki, penyanyi ini yakin segala yang diusahakan kini adalah untuk kebaikan keluarga di masa akan datang. "Saya kena pasrah dan reda. Walau penat macam mana sekalipun saya kena lakukan yang terbaik.
"Mungkin apa yang saya usahakan sekarang adalah rezeki untuk anak-anak," ujarnya.
|
pocongkiutss replied at 9-8-2023 09:18 AM
Anak yg sekarang je ke? Anak yg dulu2 ko bg nafkah tak? Bukan takat duit tapi masa juga
Sori aku be ...
pembacagosip replied at 9-8-2023 02:05 AM
beranak kecik2 selang satu tahun
beranak czer
ishhh x faham aku
Prickford replied at 9-8-2023 10:12 AM
Yakin betul kan Tok Mal kasi bini pregnant beranak berderet tiap tahun sampai 4 kali czer. Tak kis ...
simone.bette replied at 12-8-2023 07:03 AM
Dah tua baru sedar diri otak baru berfungsi kot yg anak tu perlu perhatian bapak.. yg 2 ketul sebelu ...
chekacheku replied at 9-8-2023 09:25 AM
Anak rapat2 ni mbesar sama2 ms tu lega dahla atok dan wifey
alieyrina replied at 12-8-2023 02:31 AM
Bestnya anak ramai. Bàlik keja anak beceretek sambut gituu
ADVERTISEMENT