CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bertunang Dengan Doktor, Joy Revfa Bimbang Ramai Wanita Goda Sampai Hantar Gambar Separuh Bogel

8-8-2023 09:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 29274| Komen: 143

Usahawan kosmetik, Joy Revfa meluahkan rasa bimbang apabila tunangnya iaitu Dr Adrian Yeah memaklumkan sering menerima gangguan daripada wanita tidak dikenali.

Bukan itu sahaja, ada juga wanita berani menghantar video separuh bogel dengan niat menggoda Adrian.



"Saya akui mempunyai masalah kepercayaan dalam hubungan disebabkan dugaan sebelum ini bersama bekas suami... saya takut sangat sekiranya bakal suami saya curang.

"Adrian selalu beritahu ada perempuan cuba untuk ganggu dia... sampai ada yang beri video separuh bogel bertujuan nak menggoda.

"Memang ramai perempuan murahan di luar sana... saya sering pesan pada Adrian untuk tidak melayan dan memberi respon," katanya ketika dihubungi mStar.

Bercakap soal hubungannya dengan Adrian, Joy memberitahu dia dilamar oleh lelaki itu pada Jun lalu dan bakal mendirikan rumah tangga, Januari tahun depan.


Kata Joy, mereka bertunang secara tidak rasmi di hari ulang tahun kelahirannya yang ke-36 baru-baru ini dan merancang untuk membuat majlis pertunangan pada Disember depan.


"Kami bertunang secara tak rasmi sewaktu birthday saya pada 24 Jun lalu. Dia tiba-tiba melamar dan memberikan cincin.

"Jadi, kami merancang untuk mengadakan majlis pertunangan sebulan sebelum akad nikah pada Januari tahun depan," ujarnya.

Dalam pada itu, Joy tidak menafikan hubungannya bersama Adrian turut diuji kerana masing-masing mempunyai sikap cemburu antara pasangan.

Namun, sikap tolak ansur dan saling memahami menjadi antara faktor ikatan hubungan mereka masih kekal bahagia.

"Mula-mula dulu memang kami selalu gaduh juga sebab dua-dua pun kuat cemburu. Kalau ada lelaki yang kacak mesej saya, Adrian pun akan cemburu.

"Saya juga sama cemburu melihat wanita lain mesej dia tapi kami berdua akan cuba terangkan keadaan sebenar untuk tidak berlakunya salah faham," jelasnya.

Selain memiliki wajah yang tampan, profesion Adrian sebagai doktor juga membuatkan Joy bimbang kerana tunangnya sering bertemu dengan ramai pesakit wanita.

"Saya tak nafikan memang risau juga sebab dia pun seorang doktor yang selalu jumpa pesakit. Kami sama-sama risau dan cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan ini sebaik mungkin.


"Kepada wanita di luar sana, jangan jadi perempuan murahan beri video tak senonoh pada pasangan orang lain.

"Saya percaya lelaki yang luar biasa hebat sahaja yang akan tahan godaan dan akan tetap setiap dengan pasangan mereka," katanya.

Menerusi temu bual bersama mStar pada April lalu, Joy memberitahu dia sedang mengenali hati Adrian dan mahu meneruskan hubungan mereka ke fasa lebih serius.

Kata Joy, dia mempunyai tanggungjawab yang besar kerana perlu membimbing Adrian mendalami Islam dengan lebih baik sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Adrian memeluk Islam pada 24 Mac lalu di salah sebuah masjid di Setia Alam, Selangor.

Untuk rekod, Joy pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 sebelum memutuskan untuk bercerai tiga bulan selepas itu.

Sebelum itu, Joy pernah bernikah dengan seorang ahli perniagaan dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Arryan Firdaus, 9.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 8-8-2023 10:17 PM
Masalahnya ko pun dilabel perampas laki first dulu kan. Bila kena tang dia minta ceraiiiii.
Ko ingat ko saya.orang lain takleh carasss haa ratu filter
Quote hareeeesah 8-8-2023 10:45 PM
Overnya filter.. kejap rupa lain kejap kelam kejap pucat kejap tirus hhahaha. Tp DR ni seshuatu je rupa dia.  
Quote lanacondor 8-8-2023 11:10 PM
Semoga berbahagia la dgn perkahwinan Kali ni.. Sian plk anak nya asik tukar bpk
Quote Afifi82 8-8-2023 11:32 PM
Berapa lapis le filter acik ni guna ..
Quote fealefea 8-8-2023 11:59 PM
Sesuatuhhh. Nape kau joy pilih spisis nk sama aje jenisnya.
Quote pearl.silver 9-8-2023 12:43 AM
Camne ada pompuan lain boleh ada fon no doktor ni?
Quote yondu 9-8-2023 07:31 AM
doktor apa ni..muka lain2 je i tgk.muka pmpn lain, muka lelaki lain.berubah2 mcm cuaca gitu
Quote sayurmayur88 9-8-2023 07:44 AM
filter dalam semua gamba..
Quote cikanggun 9-8-2023 07:54 AM
Sbb tu tak payah getik nk announced bagai. Kau menikah jer terus. Pastu kalau ada yg nk sondol laki kau, ko tepek gambar separuh bogel pompuan2 yg meghela tu kat tiktok
Quote zuriey 9-8-2023 08:07 AM
Astaga mengucap Aku tgk dia punya filter [em:11:]
Quote SedihPedih 9-8-2023 08:09 AM
sampai muka tunang dia jd sepesen dgn dia
Quote kikuri 9-8-2023 08:15 AM
lupa lak sheols penah kawen dengan pis midun.

macam mana la rupa si joy ni kalo tak mekap. filter bertingkat. ni kalo hilang ni orang tak cam agaknya
Quote babelina 9-8-2023 09:29 AM
teringin sgt nk tgk rupa sbnr dia nie..
Quote AbukRokok 9-8-2023 10:03 AM
glowing dua2 umpama dalam syurga firdowsi
Quote Prickford 9-8-2023 10:13 AM
Ada ek jantan yg nak dekat sabun Joy ni
Quote seri_mawr 9-8-2023 10:28 AM
x faham la knp jenis suka pakai filter keterlaluan ni..

tak leh terima hakikat ruper sendiri kah..?

kadang sampai dah mcm muka kartun jepun jadi ruper masing2....

Quote dagusengett 9-8-2023 10:42 AM
too bad dahla lambat lagi nak kawen huhu
Quote KamikuP 9-8-2023 10:53 AM
Sekufu le tu, dua dua hadap filter tak yakin dgn wajah asli.. ekekekeke
Quote Belibis 9-8-2023 11:23 AM
Tepek gambar ori satu ...kaka dud biasanya rajin.[em:3:]

Lihat semua komen(143)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.156821 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top