CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

David Foster Turun Pentas Dengar Sissy Imann Nyanyi, Sempat Beri Album

8-8-2023 01:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4111| Komen: 21

Penyanyi Sissy Imann teruja apabila berpeluang bergambar dan memberikan album baharunya kepada produser muzik terkenal, David Foster.

Menerusi perkongsian di IG Story, Sissy, 28, peluang tersebut datang bergolek ketika penyanyi itu menyaksikan konsert Hitman: David Foster And Friends yang berlangsung di Star Arena.



Katanya, perkara itu berlaku spontan apabila dia menyanyikan sebaris lirik daripada lagu Take My Breath Away.

"Saya duduk bahagian depan pentas. Ketika David sedang bercerita, saya berada di kerusi menyanyi sebaris lagu Take My Breath Away. Ketika itu, mungkin dia terganggu dan berhenti pandang betul-betul ke arah saya.

"Dia hulur mikrofon dan minta saya nyanyi semula lagu itu... Saya pun nyanyi semula.

"Dari muka dia nampak sangat terganggu apabila saya menyanyikan lagu itu, kemudian saya tunjukkan buku kisah David dan membuatkan dia cair," katanya.


Dalam pada itu, Sissy berharap David akan membawa pulang album yang diberikan dan mendengar lagu-lagu nyanyiannya yang dimuatkan dalam CD tersebut.

"Ketika David ajak penonton menyanyi, saya tidak sempat angkat tangan sebab tak terfikir nak nyanyi lagu apa. Apabila saya berikan CD, dia bertanya kenapa saya tidak angkat tangan sebelum itu.

"David meletakkan CD tersebut di atas piano ketika konsert. Saya harap dia bawa balik dan dengar lagu-lagu saya," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 8-8-2023 01:52 PM
Oklah boleh faham keterujaan Hakak Pondan (sissy means effeminate)
Quote freyayong 8-8-2023 03:11 PM
sissy iman ke tu. nape nampak lain..
Quote prince_marhaen 8-8-2023 04:09 PM
..Dari muka dia nampak sangat terganggu apabila saya menyanyikan lagu itu,...


Fahammmmmm perasaan David....fahammmmmm.... hahahahaha

siapa je tak terganggu dengan suara off tune bingit kau tu sis? soooo off tune.... selayaknya jadi backup vokal paling perlahan ye suara buat harmonize je, sebab nyanyi original key dah macam second voice..salah not memanjang..
Quote supernaturalee 8-8-2023 04:59 PM
sedeyhhhhhhh
Quote _kelly 8-8-2023 05:04 PM
tak reti hormat orang ke..DF nak bercerita ko sibuk nak nyanyi jadi attention seeker kan
Quote sleepandream 8-8-2023 07:10 PM
kalau iols duk kerusi penonton dekat sissy time tu iols sound je woiii diam laaaa...
takde common sense ke kat orang lain


Quote prizadane 8-8-2023 07:11 PM
Mana dapat confident kau dik? DF silap-silap tinggalkan je cd kau kat atas atas table or di tong sampahkan je.
Quote jalfa 8-8-2023 07:19 PM
Bengapnya retis ni.nasib foster tu tak keruk mike atas pala ko menganggu dia bercerita
Quote tikusmontok 8-8-2023 09:01 PM
Bodonya...itu pun nak bangga, dah jelas2 atuk tu bengang.
Quote KBW2 8-8-2023 09:17 PM
David Foster ni mmg jenis cepat bengang, berani plak sissy ni buat gituh
Quote Mekgadis16 9-8-2023 08:00 AM
Dari cerita dia tu je dah nampak dia macam sejenis yg tak hormat majlis. Orang nak bercerita kau sibuk nak menyanyi. Lepas tu kemain siap bagi cd la apa la. Chill chill je tak boleh ke? Tapi tu la, benda “aib” macam ni pulak yg dibanggakan. Pelik aku
Quote seri_melati 9-8-2023 08:13 AM
dah la nyanyi sepatah xsedap, ko ingat DF nk review album kau lps ni?
Quote lanacondor 9-8-2023 08:54 AM
Tgk mak iti nyanyi konsert df tu . Terkejut mmg garau ye suara dia skg. Di sebabkn faktor umur ke.? Dlo sdp sgt
Quote Noraniza_Iblis 9-8-2023 09:06 AM
mmg atas piano tu jee laa cd ko.. tkde hamak die nk bawak balik..
Quote greantea 9-8-2023 09:08 AM
adab mana dik? pastu bangga lak perbuatan xde adap ko tu
Quote anony-mous 9-8-2023 09:34 AM
KBW2 replied at 8-8-2023 09:17 PM
David Foster ni mmg jenis cepat bengang, berani plak sissy ni buat gituh

Patut la kena “maki” dgn mas idayu. Minta david foster dgr sissy ni menyanyi duet dgn naim tu. Mmg hauk sgt2. Naik darah aku dgr
Quote KamikuP 9-8-2023 03:12 PM
DF hulur mic tu bkn sbb nak dengo ko nyanyi sundel, dia camdek ko itu pon knp ko bengap sangat tak reti bahasa aa cc? ekekekeek
Quote sofi_sofia 9-8-2023 03:23 PM
lanacondor replied at 9-8-2023 08:54 AM
Tgk mak iti nyanyi konsert df tu . Terkejut mmg garau ye suara dia skg. Di sebabkn faktor umur ke.?  ...

maybe sbb try hard ...
Quote missbigrockstar 9-8-2023 03:40 PM
Sejenis takda adab.
Sissy ni bercakap pun suara tak sedap. Apalagi bila menyanyi
Lagu dia pun ada ke berkumandang di radio? Tak memorable langsung dia ni.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.088507 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top