CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Cerai Farid, Diana Harap Diselesaikan Secara Baik Khamis Ini

8-8-2023 12:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2143| Komen: 4

Peguam mewakili pasangan selebriti Farid Kamil, 42, dan Diana Danielle, 32, berharap kemelut rumah tangga membabitkan anak guam mereka dapat diselesaikan secara baik, Khamis ini.

Kedua-dua pihak difahamkan sudah berbincang dan bersetuju mengenai perceraian, tuntutan nusyuz termasuk hak penjagaan anak yang difailkan mereka sebelum ini.


Peguam mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihak mahkamah hari ini hanya mendengar hasil perbincangan daripada kedua pihak bagi keputusan permohonan Diana terhadap hadanah interim (hak penjagaan anak sementara).



"Selain itu, kedua-dua pihak juga sudah berbincang mengenai semua kes berkaitan antara mereka termasuk cerai. Jadi, satu perjanjian penyelesaian sudah disediakan untuk kedua-dua pihak memasukkan semua terma bagi menyelesaikan kes secara menyeluruh," katanya.

Terdahulu, Akberdin ditemui media selepas sebutan kes tuntutan hadanah interim membabitkan Diana dan Farid di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.


Akberdin berkata, pada Khamis ini  jugq prosiding permohonan cerai yang sudah difailkan oleh anak guamnya Diana sebelum ini akan diteruskan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari 

"Jadi, pihak mahkamah hari ini juga menangguhkan keputusan mengenai hak penjagaan penuh anak sebab mahu selesaikan secara menyeluruh dahulu kerana tidak mahu ada sebarang pertikaian lagi selepas semuanya dipersetujui oleh kedua belah pihak.

"Sepatutnya pada Khamis ini juga, pihak Mahkamah Rendah Syariah pula akan meneliti semua hasil dapatan daripada laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). Namun, di situ kami akan maklumkan mengenai perjanjian bersama mereka dan sekiranya semua lancar maka proses cerai boleh diteruskan pada hari itu," katanya.

Sementara itu, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid berkata, keputusan permohonan hak jagaan anak sementara masih berpihak kepada Diana. Namun, sehingga kini hak lawatan Farid dengan anak berjalan lancar.

"Tapi, dalam tempoh seminggu dua ini kami pihak peguam ada buat perbincangan untuk cari jalan penyelesaian secara menyeluruh membabitkan pihak berkaitan dengan perceraian dan juga hak penjagaan anak.

"Alhamdulillah, kita hampir sampai ke penghujung. Buat masa ini, sudah ada draf perjanjian dibuat. Cuma, ada beberapa perkara yang perbetulkan sedikit lagi,  Jika semuanya lancar, kita akan rekod penyelesaian dibuat di mahkamah pada 21 Ogos ini," katanya.

Fakhrul Azman berkata, Farid bagaimanapun tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini atas masalah kesihatan.

Terdahulu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu.

Mengikut laporan media sebelum ini memaklumkan alasan diberi Diana untuk bercerai adalah mereka tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid dilaporkan enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.


Sumber: Harian Metro








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 8-8-2023 04:28 PM
Harap DD bijak gak lah macam Ratu Cantek, serah hak jagaan pada suami sepenuhnya biar dia rasa tangungjawab & bebudak tu ada father figure, since sheols always meratib tak pernah ada father figure kan...lagipun biar Kacip Kamil ni pepandai la cari job, benti kacip, benti ada bilik khas rahsia gitu, adik beradik heols yang mulut capui macam laki si Yana tu pun ada rasa tanggungjawab sket kalau-kalau si kacip masuk jail ke apa...jangan sembang lebat je...DD boleh lah kerja ngan happy, job masyukkk, pasang badan balik, dah macam tak tentu arah dah skrg.. better me time selalu..
Quote Purplehaz 8-8-2023 06:22 PM
Lagi lama tangguh..lg byk tok laki nk kne byr lawyer..Tp nak ker parid lepaskan bini molek mcm tu jer.

Rugilah kalau lpskan ank kpd ex laki taik ddh forever. Tp rasanya nnti hak dpt ke dd sbb ex dh pernah ada kes ddh.

All the best to you DD.
Quote Ahriman 8-8-2023 07:09 PM
Baru tau DD baru 32 taun...lpas cerai boleh la tangkap jerung paus.rupa pon ade msti ade orng nak..
Quote jalfa 8-8-2023 07:25 PM
Dd muda lagi.jgn berpaling semula dek.teruskan je serai.kalo x selamanya la ko anxiety segala penyakit dtg bila berlaki pitt kamil ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.033805 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top