Sebuah konsert mengenang Allahyarham Datuk Sudirman Arshad bakal diadakan September depan bersempena ulang tahun ke-25 Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO). Pemilihan tersebut dilakukan selepas Allahyarham berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang penghibur paling berjaya dan dihormati di negara ini.
"Konsert ini merupakan langkah yang bertepatan apabila MPO memberikan penghormatan kepada ikon muzik kesayangan Malaysia pada Hari Malaysia. "Konsert terbuka beliau di Jalan Chow Kit pada tahun 1986 yang menyaksikan kehadiran seramai 100,000 orang merupakan konsert paling berjaya di Malaysia," kata kenyataan dikeluarkan MPO kepada mStar. Pada malam itu nanti, MPO turut menampilkan barisan penyanyi hebat seperti Liza Aziz yang merupakan bekas penyanyi latar Sudirman, Hazama, Ernie Zakri dan Arish Mikael. Konsert yang bakal diterajui Ahmad Muriz Che Rose itu nanti bakal memperlihatkan alunan muzik tradisional, balada, broadway dan lagu-lagu rakyat seperti mana pernah dipopularkan Sudirman.
Antara lagu yang bakal dinyanyikan pada malam itu seperti Joget Kenangan Manis, Apa Khabar Orang Kampung, Merisik Khabar, Pelangai Petang, Hujan dan banyak lagi. Malah lagu-lagu patrotik seperti Warisan dan 31 Ogos turut didendangkan pada malam itu nanti. Konsert ini akan berlangsung Dewan Filharmonik Petronas, Menara Berkembar Petronas pada 16 September dengan harga tiket bermula RM668 sehingga RM288. Tiket boleh ditempah melalui telefon 03-23317007 dan email menerusi boxoffic[email protected] atau untuk mengetahui lebih boleh layari laman Web MPO. -CARI Sumber: mStar
|
MadameOnion replied at 8-8-2023 11:02 AM
yang penting mesti ada paknil dengan showmanship over..suara ke lautan dalam
prince_marhaen replied at 8-8-2023 04:13 PM
Pok Nil pakai baju bendera leret2 feeling dress cape train miss world ye... suara hauk dont car ...
MadameOnion replied at 8-8-2023 11:02 AM
yang penting mesti ada paknil dengan showmanship over..suara ke lautan dalam
GegarVaganja replied at 8-8-2023 04:46 PM
Muntah tengok dress heshe tau.
Zaman memuda xpuas memondan.
di hujug2 usia, gigih heshe memeperaga ...
prince_marhaen replied at 8-8-2023 05:19 PM
ye...baju semua kena ada cape jurai2 ala-ala permaisuri ye... skrg dok buat live tiktok 24 jam, ta ...
exclusive_vvip replied at 8-8-2023 04:52 PM
paknil tu perasan dia persis Sudirman..i penah baca kat majalah ke sokkabar tah..masa paknil tgh m ...
September14 replied at 9-8-2023 04:29 PM
Arish mikael sapa? Nama stage toknil ke?
prince_marhaen replied at 8-8-2023 09:36 AM
Alahai posternya ponnn.....
ADVERTISEMENT