Diana Danielle yang kini sering berkongsi tentang aktiviti kecergasan diri menyangkal dakwaan netizen mengenai dirinya kelihatan lebih gembira dengan kehidupan baru selepas meninggalkan hubungan toksik bersama suaminya iaitu pelakon dan pengarah, Farid Kamil. Menerusi perkongsian di TikTok, aktres itu melakukan tarian berlatarbelakangkan suara pelatihnya melalui lagu Billie Eilish berjudul What Was I Made For. Membalas kenyataan individu “People just shine differently after leaving a toxic relationship", Diana menegaskan tidak ada perkara yang berubah dan dia tidak menyalahkan sesiapa terhadap apa yang berlaku.
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora. Sumber: Xtra |
alesandra replied at 8-8-2023 11:01 AM
Jadi ko lah masalahnya kan? sbb ikut logik klau ko move forward atau berhijrah ko akn dapat sesuatu ...
ADVERTISEMENT