“Hebat lah kamu semua dari semalam non stop memaki hamun aku tanpa tahu cerita sebenar. “Alhamdulillah semoga makian anda berbalik pada anda. Ingat, kifarah tu wujud." Pelakon dan pelawak Enot menerusi hantaran di TiKTok berkata demikian susulan cacian demi cacian dilemparkan terhadapnya. Dia bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai dakwaan kononnya dia adalah individu yang dimaksudkan oleh pelakon Didie Alias dalam temu bual program popular TV3, Melodi baru-baru ini. Dalam pada itu, Enot berharap agar pihak yang tidak mengetahui cerita sebenar disebalik kejadian dia berjauh hati tidak terus menyimbah minyak ke dalam api.
Ini kerana, selama hampir 20 tahun dia mengambil inisiatif untuk berdiam diri dek kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak. Tidak habis disitu, Enot menerusi hantaran yang berlainan pula mempersoalkan mengenai dakwaan menduhnya sudah berkahwin. "Tok kadi mans pula yang boleh nikahkan aku tu? Aku masih tahu hukum agama! Jangan nak hukum aku macam aku orang kafir pula tak tahu apa-apa!" ujarnya. Terdahulu, Didie Alias meluahkan rasa kecewa apabila rakan baiknya memilih ‘jalan’ yang salah apabila kembali dengan kehidupan songsangnya. Bahkan, dia sudah berpesan berkali-kali kepada rakannya itu namun gagal. Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT