Baru-baru ini Iman Troye dilihat menziarah kubur arwah Siti Sarah. Iman kata dia amat merindui sosok arwah penyanyi tersebut dan turut sedekahkan al-Fatihah kepada arwah. "Rindu yang tiada penghujung. adik (Iman) sayang kak Sarah tau. Al-Fatihah buat Siti Sarah Binti Raissuddin." Iman juga memuat naik sekeping foto lama memaparkan dirinya berpelukan dengan arwah. Difahamkan, foto berkenaan diambil ketika arwah membuat kejutan kepada Iman di sekolahnya beberapa hari sebelum Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada 2019. Untuk info, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.-CARI
|
ADVERTISEMENT