CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Nak Boikot, Dakwa Awie Hentam Pakatan Harapan Di Konsert

7-8-2023 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5128| Komen: 19

Awie menjadi  bualan hangat di media sosial selepas rakaman perbualannya sewaktu konsert Wings - The Rock Emperor yang berlangsung pada 29 Julai lalu tiba-tiba tular.

Awie dilihat bergurau dengan penonton sebelum salah seorang daripada mereka menyebut perkataan "harapan" dipercayai merujuk kepada judul salah satu lagu Wings.


Foto: IG

Awie kemudian memberi respons yang mengaitkan harapannya dengan Pakatan Harapan (PH).

“Tengoklah kalau ada harapan. Rasanya Pakatan Harapan tu nak tumbang dah tu kat (di) Malaysia. Entah ada harapan ke tak, tak tahulah,” katanya.

Awie, 52, kemudian meminta penonton memanjatkan doa agar politik di Malaysia hanya mengalami sesuatu yang terbaik saja.


“Kita doakanlah yang terbaik untuk politik Malaysiaku yang tercinta,” katanya.

Di ruangan komen, segelintir netizen mendesak agar lagu-lagu Wings diboikot selain mendakwa Awie kini memberi sokongannya kepada Perikatan Nasional (PN).

Untuk rekod, Awie sebelum ini pernah terbabit secara tidak langsung dengan kempen berkaitan pilihan raya untuk BN selain bersikap terbuka menyokong PH.

Susulan itu, tular pula tangkap layar perbualan di antara Awie dengan rAfdlin Shauki, berhubung ‘gurauannya’ mengenai PH.


Selain penghibur, Afdlin juga kini menjadi ahli PKR.

Dalam tangkap layar itu, Awie berkata, dia memohon maaf atas gurauan yang berlaku semasa konsert Wings selain diminta agar dia dijauhkan dari politik.

Penyanyi itu turut mengakui lawak spontannya tidak kena pada tempat dan masa.

“Itu salah gua (aku), cuma masa itu gua nak nyanyi lagu Harapan. Gua kaitkan sikit situasi yang gua nampak.

“Lepas itu gua minta doakan politik Malaysia ini jadi baik dan bagus. Gua tak sengaja tersebut. Sorry bro,” katanya. -CARI

Sumber: Malaysia kini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenolen 7-8-2023 06:44 PM
tak der nyer rocker otai n rocker bbnu nak boikot awie n wings…berebut depa nak pi konsert…kehkehkeh
Quote KucingBiru 7-8-2023 06:52 PM
Dia cakap benda general siap suruh doakan. Geng pro Harapan nak sentap sebab apa? Ada je retis yang hentam UMNO mcm altimet last last bersatu
Quote sleepandream 7-8-2023 08:28 PM
biarla dia nak support parti apa pon...
skrg ni kita dah banyak pilihan... takde lagi nak ngadap calon lembu umngok je
Quote JunkMail 7-8-2023 08:32 PM
Kat tanahair ni dah tak boleh bebas tunjuk sokongan ke?
Quote Zazama 7-8-2023 09:49 PM
Awie cakap je pun. Janganlah ambil hati sangat.
Quote menjad 7-8-2023 09:51 PM
Mngelupur jugak madanon yer
Quote Lentera 7-8-2023 10:41 PM
Awie nak masuk sorga so biar la dia pilih parti yg ada kunci sorga
Quote dua_chzy 8-8-2023 03:49 AM
menjad replied at 7-8-2023 01:51 PM
Mngelupur jugak madanon yer

Bukan dia yang gelupo.

Peminat dia yang gelupo.
Quote bottombikini 8-8-2023 07:57 AM
kata free country
bio lah dia nak cakap ape pun
kome koyak ape pasei
Quote imanjannah 8-8-2023 07:59 AM
sebb itu nak boikot.. mmg x la
Quote lightheaded67 8-8-2023 11:28 AM
lepas ni acik awie kena lebih bhati2. bnde politik ni mmg tak wangi. lagu acik awie ade gak layan, tp politik ni bosan shedap pun tidak agitewwwww
Quote Dolmat 8-8-2023 11:44 AM
Dia cakappppppp benda betol... Dia jugak meminta penonton sama2 "mendoakan yg terbaik untuk politik Malaysiaku tercinta!"

Salah ke???? Aper sensitip sangat korang ni??? Bukannyer dia suruh korang ramai2 tumbangkan party! Aperrrr jerrrrr ni pun nak kecohhhhh! MENTALITY NEGATIVE...Patutlah dalam parliament ada yg perangai ahlak serupa dalam ZOO!
Quote Dolmat 8-8-2023 11:47 AM
Awie cakap tentang doakan terbaik untuk politik Malaysia korang kecam... Yg melayu Islam support turun padang berbendera LGBT  takde pulak nak kecam tertiba hak asasi manusia.. liberal pulok! PHUUUUIT!!!
Quote oddxx 8-8-2023 01:09 PM
Aku ni fans Awie. Byk konsert aku pergi mmg dia suka buat lawak lawak spontan..tak payah laa nak goreng sgt isu ni.

Btw..Awie dah dalam industry hiburan ni dah dekat 40 tahun dah. Kontroversi dia bykkkk gila. Lagi dasyat pun ada. Elok je dia sustain, nak ban Awie kerana isu gini ..duhhh lambat lagiii..
Quote adelea 8-8-2023 01:15 PM
boleh tahan busuk ehh pencacai Pee H ...
stakat ckp takde harapan pon koyak rabak sampai nak kena boikot awie ...


Quote snowflakes 8-8-2023 03:22 PM
Awie je pun... berapa tax dia bayar?
Quote Burong_Hantuk 8-8-2023 03:28 PM
ramai yg koyakkk

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.143683 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top