Ummi Nazeera menjadi perhatian ketika menghadiri majlis resepsi Shila Amzah dan Ubai. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ummi dan suami tampil bertemu pasangan pengantin di atas pelamin dan bergambar bersama.
Segak dan cantik, ternyata penampilan Ummi pada malam tersebut mencuri tumpuan apabila mengenakan busana berwarna coklat. Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Ummi yang kelihatan sangat manis dan cantik.
Ada juga yang kata cantik mengalahkan pengantin! |
Blessed_Servant replied at 7-8-2023 06:21 PM
Cantik tu cantik tapi baju dia pakai semua ketat sangat. Tahu lah slim tapi rengsa mata tengok.Sekep ...
I.K.A888990 replied at 7-8-2023 07:39 PM
takde lah..sama je aku tgk..
ubai tu herlok style rambut gitu....shila pn nmpk cantik dgn dress ni
DeLuna85 replied at 7-8-2023 08:38 PM
Right??? Tak patut bandingkan pengantin dengan tetamu.
ADVERTISEMENT