CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Sia-Sia Anissa Faizul Bersuara, Exco Kelantan Terus Buat Kerja Selesai Isu Air! Syahmi Sazli Pun Sumbang Penapis Air

7-8-2023 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4485| Komen: 19

Selepas Syahmi Sazli dan isterinya Anissa Faizul bersuara mengenai isu air bersih di Kelantan, akhirnya nasib sebuah keluarga di Pasir Mas terbela.

Menurut Nor Idayu Supian, 31, dia dihubungi Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada 4 Ogos lalu iaitu hari yang sama rintihannya disiarkan mStar.


Difahamkan Mohd Nassuruddin kemudian mewakilkan anaknya iaitu Ahmad Syakir untuk ke rumah wanita itu bagi meninjau situasi sebenar berhubung dakwaan terputus bekalan air bersih sejak enam bulan lalu.


Foto: IG

Ayu menjelaskan bantuan bekalan air akhirnya disalurkan ke tangki rumahnya oleh Air Kelantan Sdn Bd (AKSB) pada pagi Sabtu.

"Saya buat satu hantaran dekat grup Facebook Pasir Mas tu sebab sudah tak tahan dengan masalah tak ada air di rumah saya di Kelantan.

"Tak sangka lepas hantaran tu tular, wakil daripada Exco Kelantan datang malam tu juga berjumpa saya di rumah. Katanya hantaran saya buat itu viral sampai ke pihak mereka.

"Jadi keesokannya iaitu pada Sabtu, mereka hantar bekalan air menggunakan lori tangki ke rumah saya. Tetapi hanya rumah saya saja yang terima bantuan tu sebab mereka anggap saya saja buat aduan. Lagi 15 rumah lain di kawasan sini tak dapat," katanya kepada mStar.




Tambah ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, selain memenuhkan tangki air di rumahnya di Kampung Banggol Stol, Pasir Mas, pihak AKSB turut memeriksa bagi mencari punca masalah air tidak sampai.

Menurut Ayu, perumahannya dikategorikan sebagai kawasan bertekanan rendah hingga menyebabkan penduduk sukar menerima bekalan air.

Dalam pada itu, Ayu turut meluahkan rasa terharu apabila keluhannya sebelum ini mendapat perhatian Syahmi dan Anissa hingga kisahnya mendapat liputan media termasuk mStar.


Ayu dan sumai, Foto: mStar

"Syukur sangat apabila kes saya terus diberi perhatian selepas Syahmi dan Anissa memberi respons terhadap apa saya adukan di Facebook.

Disebabkan nama mereka besar dan berpengaruh, lebih cepatlah kerajaan ambil tindakan.

"Lagipun dah tinggal beberapa hari saja lagi nak mengundi. Saya dah lama hadapi masalah ni. Saya pun fikir memang ini masa terbaik untuk ambil peluang luahkan semua masalah air ni," katanya lagi.

Tidak cukup dengan bekalan air, Ayu berkata dia sangat tersentuh apabila Syahmi turut menghubunginya dan menawarkan untuk memberikan sumbangan penapis air berharga RM2,798 yang dihantar oleh wakil syarikat LK LUx di Pengkalan Chepa pada pagi Isnin.

Bercerita lanjut mengenai masalah ketiadaan bekalan air bersih yang dihadapinya, Ayu berkata keadaan itu benar-benar menyukarkan urusan harian mereka sekeluarga.

Jelas Ayu, dia dan suami, Helmey Mohd Nor, 39, terpaksa mengangkut air sebanyak tiga hingga empat kali setiap hari di masjid yang berjarak kira-kira dua kilometer dari kediamannya.

"Masa tak ada air tu memang sukar nak buat kerja harian. Saya pula berniaga kek jadi memang banyak nak guna air.

"Selain air nak digunakan untuk kek, peralatan seperti loyang dan perkakas kek pun saya kena basuh semula. Saya terpaksa guna air mineral dalam botol saja.

"Suami saya pun terpaksa pergi kerja lewat di Rantau Panjang sebab kena tolong saya angkut air di masjid sebelum ni. Sampaikan mandi pun kena pergi masjid," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Ayu berharap masalah air di Kelantan bakal diselesaikan bagi mengurangkan penderitaan sesetengah kawasan yang terputus bekalan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shayang 7-8-2023 05:51 PM
Nk ngundi kan.. kalau tak urmmm
Quote nono86 7-8-2023 06:05 PM
Pulang balik semua gaji yang dapat selama di lantik pegang jawatan.. amik gaji untuk hari yang baru buat kerja ni aje..
Quote nazzse 7-8-2023 07:51 PM
Faizul tu pakcik iols..nak jgk claim.

Kot mu la shasha, selagi ado mulut kecek
Quote tigerads 7-8-2023 07:55 PM
kat mana² pon tekanan rendah la ni...alasan 30 thn hak tu la recycle pah ceroh
Quote tigerads 7-8-2023 07:56 PM
nazzse replied at 7-8-2023 07:51 PM
Faizul tu pakcik iols..nak jgk claim.

Kot mu la shasha, selagi ado mulut kecek

pakcik uolss ke...iols kenal dia..

dia kat mana skrg..lama x jupo dia
Quote prince_marhaen 8-8-2023 09:27 AM
Dah dapat air, undi la lebai lagi.... anak beranak lebai kaya raya kat syarikat air tu... hehe
Quote honeybee1802 8-8-2023 09:47 AM
Kot ye pung...rumah akak ni je yg dihantar air...hehhe..kelawakan apakah ini...aduhai..mcm mana la tok wakil selesaikan masalah setempat...ptt le....
Quote kucingitam 8-8-2023 10:18 AM
boleh pun buat kerja..
Quote cik_ingeniare 8-8-2023 10:21 AM
sebab viral jahh baru sibuk nak buat kijo.. cuba kalau tak viral, maunya depa kata mu nok air ko nok isley
Quote aciksenah 8-8-2023 10:22 AM
Tu nasib baik bersuara..yang lain2 mcmana agaknya.
Quote cikatilia 8-8-2023 11:30 AM
kalau x viral hadap aje la keladak2 yg kua dari paip tuu
Quote _kelly 8-8-2023 12:00 PM
laa, ada 16 rumah tapi sebab dia sorang je buat aduan, dia dapat penapis..takleh ke buat kerja menyeluruh jangan tunggu aduan..adui la lobaiiii
Quote doubleharmonic 8-8-2023 12:28 PM
Difahamkan Mohd Nassuruddin kemudian mewakilkan anaknya iaitu Ahmad Syakir untuk ke rumah wanita itu bagi meninjau situasi sebenar berhubung dakwaan terputus bekalan air bersih sejak enam bulan lalu.


dah 30 lebih tahun punya masalah baru ko nak turun tinjau situasi sebenar?
Quote iolss 8-8-2023 01:52 PM
slma ni ddk kt london ke cane..br skrg nk bunyi..acik konpius
Quote sharlenetexas 8-8-2023 04:32 PM
15 rumah lagi dapat air ke tak?

Quote nazzse 8-8-2023 08:43 PM
tigerads replied at 7-8-2023 11:56 AM
pakcik uolss ke...iols kenal dia..

dia kat mana skrg..lama x jupo dia

Aloq staq..

Klu kenal dia mesti uols ni keja usm takpun main bola
Quote Peachlilac 9-8-2023 10:36 AM
Sedihnya nak kena tunggu influencer bersuara dulu,post viral dulu baru nak take action. Ulang la sampai ajm.
Quote Peachlilac 9-8-2023 10:36 AM
doubleharmonic replied at 8-8-2023 12:28 PM
dah 30 lebih tahun punya masalah baru ko nak turun tinjau situasi sebenar?

Hijab baru terbuka I rasa
Quote dekmieDandy 9-8-2023 10:47 AM
gila kau 6 bulan takde air

dapat air kat masjid pun, keladak serupa sungai klang je

aku ni sanggup 3 hari takde letrik, dari 3 hari takde air

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.049904 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top