CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eizlan Yusof Hilang Suara Bantu Kempen, Kagum Annuar Musa Gagah Berucap Hampir Setiap Malam

7-8-2023 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1248| Komen: 2

Dek terlalu semangat turun berkempen bersama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu, Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suaranya.


Walaupun hadir memberi sokongan kepada Annuar yang juga Pengerusi Muafakat Nasional, pelakon dan pengarah itu sesekali turut diberi peluang berucap di pentas politik di beberapa lokasi.


Eizlan bersama Muhammad Hanif (kanan) semasa berkempen di sekitar Gombak.

“Saya kagum dengan keupayaan Tan Sri (Annuar), walaupun ada waktu beliau dilihat kurang sihat tetap konsisten berucap di lokasi berbeza hampir setiap malam.

“Saya yang diberi peluang sekali sekala untuk berucap pun hampir hilang suara, inikan pula setiap malam,” katanya.

Beliau ditemui pada acara kempen bermotosikal PN bersama Kelab Motosikal ARC (Alternative Riding Club) di Gombak, pada Ahad.


Turut serta calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, Muhammad Hanif Jamaluddin dan bekas Setiausaha Sulit kepada bekas Menteri Luar, Datuk Fyzal Fauzy.

Eizlan berkata, sepanjang berkempen bersama-sama Annuar, beliau melihat figura itu sangat fokus pada perjuangannya yang mempunyai aura tersendiri sekali gus mampu menarik sokongan rakyat terhadap PN.

“Sejak bersama-sama Tan Sri (Annuar) berkempen di setiap lokasi, saya melihat sendiri gelombang kebangkitan rakyat yang kecewa dengan kepimpinan di bawah PMX.

“Rakyat dimomokkan dengan ‘gelombang hijau’ sebagai kebangkitan golongan ekstremis agama, walhal ini adalah gelombang kebangkitan rakyat,” ujarnya.

Susulan itu, beliau percaya PN mampu menang besar pada PRN ini. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote snowater 7-8-2023 02:01 PM
Die ni bukan pejuang ke dulu..tiber pn plk
Quote hanihan16 7-8-2023 02:15 PM
Allah, berucap pun bukan tak pakai pembesar suara ke apa kan. org keje cikgu hari2 berucap memekik memetir insyaAllah tak hilang suara

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.072924 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top