Di sebalik kemeriahan meraikan Shila Amzah bersama pempengaruh media sosial terkenal Ubai Mz, penampilan Rozita Che Wan ketika menghadiri majlis resepsi itu turut mencuri perhatian netizen.
Menerusi hantaran di Instagram, pelakon dan usahawan yang dikenali sebagai Che Ta menggayakan gaun panjang hijau kekuingan meleret bersama selendang rona yang sama, ditemani anak sulungnya, Ammar Effendy pada malam resepsi berkenaan. Menerusi ruang kapsyen, Che Ta berseloroh mengatakan dewan itu tertalu besar dan anaknya terpaksa berjalan perlahan bagi mengelak terpijak kain dipakai ibunya. |
ADVERTISEMENT