Pengacara dan pelawak Rina Nose menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia enggan memiliki cahaya mata meskipun sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dengan Josscy Vallazza Aartsen.
Rina atau Nurina Permata Puteri, 39, sebaliknya berkata, dia dan suami tidak meletakkan soal itu sebagai keutamaan dalam perkahwinan mereka buat masa ini. Sebaliknya menyerahkan urusan itu kepada ketentuan Tuhan apabila tiba tepat waktunya. "Saya bukan tak mahu anak cuma buat masa sekarang bukan masanya. "Siapa tahu esok atau lusa fikiran kami berubah. Apabila tiba waktu yang tepat kami akan lalui sahaja nanti," katanya. Dalam pada itu, Rina menegaskan dia juga bukan seorang wanita yang tidak suka kepada kanak-kanak sehingga membuat pendirian enggan bergelar ibu buat masa ini.
|
ADVERTISEMENT