Tular satu kejadian memaparkan kejadian situasi tegang melibatkan sepasang suami isteri dengan seorang lelaki akibat perselisihan faham yang berlaku di parkir kereta di 1120 Park Avenue, Block B1 Sunway, Petaling Jaya, Selangor.
Melalui satu video yang dimuat naik di media sosial pada Isnin menunjukkan seorang lelaki menjerit ke arah mangsa dengan menggunakan perkataan yang kurang sopan. Menerusi maklumat awal yang dikongsikan oleh warganet, insiden itu difahamkan berlaku apabila suami isteri itu tiba dan meletakkan kenderaan mereka bersebelahan kereta mangsa terbabit, sebelum wanita tersebut bertindak membuka pintu dengan kuat. "Samseng laki bini. Isteri dia telah membuka kereta dengan kuat sehingga terdapat kesan calar pada kereta saya. "Saya menegur isterinya dengan nada suara yang baik. Saya tegur boleh tak buka pintu perlahan-perlahan jangan sampai terkena kereta orang. "Mula-mula isterinya berkata 'oppss sorry terkena'. Saya mula-mula dah sejuk dah tapi ayat isteri dia seterusnya yang buat saya tegur semula masih dengan nada suara yang rendah. Isteri dia boleh sambung kata kereta saya parkir dekat-dekat," katanya menerusi kapsyen yang dikongsikan dalam video berkenaan. Mangsa tersebut mendakwa, dia tidak berpuas hati apabila wanita tersebut mula menyalahkan dirinya kerana meletakkan kenderaan terlalu rapat. "Setahu sayalah, saya yang parkir kereta dahulu dan dia datang kemudian. Dia keluar kereta dan buka pintu sampai calar kereta orang. "Lagipun parkir punya banyak dan dia yang datang kemudian sanggup menyempit masuk (parkir), tengoklah betapa samsengnya dia. "Ya, isterinya dah minta maaf tapi kenapa boleh salahkan saya parkir dekat sedangkan dia yang parkir kemudian. Saya parkir dan berada dalam kereta hampir 20 minit kerana menunggu orang dan baru dia sampai parking," jelasnya. Lebih menambah kemarahan, si suami datang dengan lagak samsengnya dan tiba-tiba datang serta menjerit ke arah lelaki tersebut. "Si suami pula tiba-tiba datang menjerit kata kau nak apa lagi! Eh kalau si isteri dah buat silap sepatutnya sebagai suami datang mohon maaf on behalf si isteri tu. "Ini tak, terus menengking dan menjerit jerit. Saya post ni bukan nak aib kan siapa-siapa, tapi nak tunjuk kelakuan biadap suami isteri yang dah buat salah tapi tunjuk samseng," katanya lagi. Setakat berita ini ditulis, tiada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pasangan suami isteri tersebut mahupun pihak berkuasa. Sumber: Majoriti |
prettyuglybabe replied at 1-8-2023 10:40 AM
dah alang-alang calar, kau buka la pulak pintu kau sampai kena kereta dia..
pastu cakap balik apa di ...
ADVERTISEMENT