Kelibat penyanyi Lana Del Rey bekerja di sebuah restoran menjual wafel mengejutkan peminat sebaik beberapa fotonya tersebar dalam media sosial. Dalam foto itu, seragam berwarna biru dipakai penyanyi berusia 38 tahun berkenaan tertera tanda nama ‘Lana’ pada uniformnya.
Difahamkan, restoran tempat penyanyi yang popular menerusi lagu Violet Bent Backwards Over the Grass itu bekerja terletak di Florence, Alabama, Amerika Syarikat. Beberapa pengunjung yang pernah ke restoran tersebut turut mengakui bahawa pelayan yang bekerja di situ adalah Lana Del Rey, walaupun bentuk tubuhnya kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini. Bagaimanapun, sejak foto tersebut tersebar pada 20 Julai lalu, penyanyi itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilihat masih bekerja di restoran sama. Sumber: Kosmo
|
babelina replied at 31-7-2023 10:51 AM
aku suka lagu2 dia.. tp tu la.. mana ntah hilang.. IG pn dh xde kot..
Beribear replied at 31-7-2023 11:12 AM
Lagu dia tengah in skrg ni.. Radio, cinnamon, say yes to heaven. Snow on the beach TS ft LDR ni pon ...
Yoonggi replied at 31-7-2023 11:19 AM
yg bgsnya kt sana, xde lak peminat2 hurung dia ke hapa kan. so boleh bekerja dgn aman je. nmpk dia n ...
aammyy replied at 2-8-2023 12:49 PM
Ada je. Kejap private kejap tak. @/honeymoon
Baru ni Jasmine Suraya ada tag kat post pakai baju s ...
ADVERTISEMENT