CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zizan Rasa Bertuah Wakili Malaysia Sebagai Juri MIFFest, Harap Industri Perfileman Tanah Air Dapat Impak Positif

25-7-2023 06:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 440| Komen: 3

Zizan Razak teruja dipilih sebagai juri bagi mewakili negara di Festival Filem Antarabangsa Malaysia Ke-6.


IG


Kata teraju Polis Evo 3 itu, pelantikan berkenaan bukan sahaja dapat mengembangkan lagi rangkaiannya dalam industri seni, malah berharap agar ada kolaborasi dari negara-negara serantau pada masa akan datang.

“Saya berasa amat bertuah kerana dipilih mewakili Malaysia untuk menjadi juri di Festival Filem Antarabangsa Malaysia kali ke-6. Melalui edisi kali ini, saya akan bersama juri-juri dari negara Hong Kong, Vietnam, Jepun dan Singapura.

“Saya berharap sesi ini juga menjadi tempat untuk bersuai kenal dan bertukar-tukar pandangan tentang industri perfileman atau mungkin ada peluang untuk bekerjasama dengan pemain industri dari negara lain,” katanya kepada Gempak.




MIFFest Ke-6 secara rasminya bermula pada 23 hingga 30 Julai dengan tayangan selama tujuh hari diadakan di GSC MyTown, Kuala Lumpur.

Anugerah tersebut akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Julai depan pada pukul 8 malam.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 25-7-2023 08:33 PM
Oklah tu… zizan takder lah teruk sgt speak english kan… klu johan tu aku tak pasti dia memang tak pandai or suka buat lawak bodoh acah2 tak pandai
Quote dudaberhias 25-7-2023 10:12 PM
harap2 bukan jadi hos lawak bodoh macam johan...

dah tak lawak dah yachhh... rhoper pun dah kerepot si keropok losong ni...

Quote Hoola 25-7-2023 10:18 PM
juri???you must be joking, zizanggggg
omg xde colan lain kee

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.752963 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top