Penyanyi dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim tidak mahu ketinggalan bermain filter ‘aged’ yang kini menjadi trend di TikTok. Menerusi perkongsian di platform tersebut, Sarimah telah memuat naik videonya menggunakan filter berkenaan. Dalam perkongsian tersebut, pelantun lagu Kini Kau Tiada itu juga meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar sempat menjalani usia tuanya nanti.
Melihat kecantikan wajah berusia penyanyi itu, rata-rata pengikutnya turut memuji kejelitaannya biarpun nampak tua. Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT