CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aprena Manrose 'Down' IVF Gagal, Nak Kembali Aktif Berlakon

25-7-2023 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2065| Komen: 17

Pelakon Aprena Manrose yang sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga, menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) pada penghujung tahun lalu.

Sepupu kepada aktres cantik Uqasha dan Nelydia Senrose itu bagaimanapun berkata, dia tidak patah semangat untuk mencuba lagi biarpun proses tersebut tidak berjaya.



IG

“Sebenarnya saya berehat lama dari dunia seni sebab saya ada jalani proses IVF pada hujung tahun lalu. 

"Tapi belum ada rezeki untuk saya dan suami. Jadi, bila saya dah buat sekali, saya rasa down juga la.

“Tapi baru sekali, ada orang buat banyak kali pun masih belum ada rezeki. Bagi saya, tak apa la… sekali pernah buat, saya berehat kejap untuk kerja balik.

“Insya-Allah kalau ada rezeki lagi, saya akan buat semula,” kata Aprena kepada Gempak.


IG


Aprena ditemui ketika majlis pelancara koleksi terbaharu jenama NADA, Summer To Remember di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.

Untuk info, Aprena mendirikan rumah tangga dengan suaminya iaitu Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 25-7-2023 06:56 PM
Sis..rehat tu bukan rehat fizikal ja..mental pun kena relax jugak..emosi kena jaga..ramai yg aii jumpak tengah ttc ni yg lupa nk relaxkan emosi.. kelig aii kali ke5 buat ivf selepas berjuang 10y dapat ank kembar terus kena operate buang rahim sebab cyst..masa doc buang cyst yg melekat kat dinding rahim luka..pendarahan teruk..so terpaksa buang rahim. Syukur dapat sepasang baby hasil dari ivf & air mata
Quote doubleA 25-7-2023 07:26 PM
Pelbagai kisah yg ttc, kebanyakannya kisah duka. Semoga Allah kurniakan bila tiba masanya, jangan kecewa dgn takdir, teruskan usaha dan minta pada Allah. Andai belum waktu enjoy kehidupan yg ada
Quote pavlovachoc 25-7-2023 08:21 PM
Nnt cube lagi ..dia pun muda lagi kan
Quote Manusiabesa 25-7-2023 09:15 PM
Madammu yg xde both tube pun succeed.sbb ivf trus amek telur dri ovari..aprena sihat smua, leh repeat.mana tau kali kedua brjaya.ctdk dulu berkali2 baru succeed gak. Selagi ada rahim, selagi ada period,selagi sperma toklaki ok, repeat je. Rezki akan dtg lps berkali2 cuba.yakin je. Cuma sian sbb circle dia smua x conceive jugak sama cm dia. Nelly ngn uqa.. cuma octvia jela 2 anak dh. Xpe rezki masing2, ada waktu dia masing2. Akan tiba. Cntik dia ni. Tp lama2 tgok muka dia ada iras wife andika influencer tu plk
Quote dudaberhias 25-7-2023 09:18 PM
nanti ada la tu rezeki... muda lagi kot bukannya dah nak menopos...

semoga di permudahkan dapat cahaya mata...

Quote meowww05 25-7-2023 09:21 PM
Semoga dipermudahkan, iols yg baru setahun kahwin pun mertua dah tak sabar2 nak cucu.
Quote EriaDoritis 25-7-2023 11:52 PM
Kena relax, jaga makan... Ada rezeki nya nanti
Quote anony-mous 26-7-2023 12:33 AM
Iols plak yg sedih. Patut lama xnmpk sheol. Ni baru betul2 focus on ivf. Mcm elizad dlu ivf tp aktif semacam
Quote Carcosa 26-7-2023 12:40 AM
Kesian sheols, walaupun meols tak kenal dia.
Takpelah dik, kalau nak rehat drpd try again, rehat je dulu n Busy kan diri dgn kerje. Ni baru betul, hilang kejap sbb nak fokus IVF process. Bkn mcm si Izzue tu. Memacam laaa alasan itu ini, nak buat IVF ckp dah 10 kali, tapi tak buat2 jgk. Diam je sudah.
Kawan meols try IVF 3 kali, fail. Dia dah ada anak boy sorang, tu yg gegeh nak kasi adik. Kali ke 4 buat IVF and tukar different Doctor, terus lekat. Bulan Nov due date. Takpe awak muda lagi dik. Boleh try lagi bila mental dah kuat balik.
Quote DeLuna85 26-7-2023 12:59 AM
Dia ni antara mereka yang pandai berlakon. Suara pun sedap di dengar. Mula melayu yg i suka tengok. Tak control cantik. Sama mcm kakak ke adik dia octavia tu pun tak control cantik.
Quote Kurex 26-7-2023 02:12 AM
Cuba lagi la dik. Lagipun bukannya aku kenal kau pun.
Quote miss_strangers 26-7-2023 04:15 AM
Dia ni antara suara yg seksi bagi Aku...
Quote pichee 26-7-2023 04:43 AM
Manusiabesa replied at 25-7-2023 09:15 PM
Madammu yg xde both tube pun succeed.sbb ivf trus amek telur dri ovari..aprena sihat smua, leh repea ...

Madamu xde tiub falapio ke? I slalu dgr 1 je…
Quote mimi_ayu 26-7-2023 08:22 AM
Semoga nnt ada rezeki aprena n husb utk ada cahaya mata sendiri..
Iols yg prnh ttc 6 bln pun rasa stress je x conceive apatah lg dorg yg bertahun2 ttc n buat ivf
Klu tgk kt tiktok mesti sedih tgk yg pejuang dua garisan..moga korg semua ada rezeki satu hr nnt dpt ank sndr..jgn pernah putus asa
Quote Manusiabesa 26-7-2023 08:44 AM
pichee replied at 26-7-2023 04:43 AM
Madamu xde tiub falapio ke? I slalu dgr 1 je…

Both.mula2 doc ckp 1tiub ja.pstu cek lg, tiub lg sblah pun infection.so removed  both.
Quote Afifi82 26-7-2023 01:38 PM
Insyaallah ada nanti rezeki..
Quote shernazz 27-7-2023 07:06 AM
Iols doakan semoga yang TTC dapat lah sinar baru bila selepas.ivf atau secara semulajadi.
Masa pas bersalin dolu katil sebelah iols adalah pasangan ivf..kena admit dulu sehari..esoknya baru mula procedure
15 tahun kawen takde Anak...dia excited sangat tgk baby iols..dia.ckp doakan Moga dia pung DPT baby Nanti..
Iols cakap iols doakan kembor la utk akak...
Hoho...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.134058 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top