Rita Nadira kongsi video bermain troli pasaraya bersama penyanyi, Chubb-E sekaligus meraih perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut, Rita kelihatan sangat seronok menolak Chubb-E atau nama sebenarnya,Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy yang berada dalam troli pasaraya di parkir kereta.
“Sorang budak nakal vs Sorang budak cemas,” tulisnya. Melihat kemesraan mereka, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen. Tak hormat orang single kata mereka. -CARI Sumber: XTRA |
ADVERTISEMENT