Setelah kali terakhir dianjurkan pada 2018, RTM kembali menganjurkan pertandingan Bintang RTM bagi mencungkil bakat nyanyian dalam kalangan rakyat Malaysia. Bakal membuka gelanggang pertandingan menjelang Januari 2024, ujibakat secara dalam talian sudah dijalankan sejak 10 Julai sehingga 10 September depan.
Ujibakat secara terbuka layak disertai oleh warganegara Malaysia berumur 15 hingga 25 tahun. Bagi mereka yang berminat, boleh menghantar video nyanyian dan butiran diri seperti salinan kad pengenalan, gambar terkini dan nombor telefon menerusi emel [email protected]. Penganjuran kali terakhir, lima tahun lalu menyaksikan penyanyi, Hariz merangkul gelaran juara yang membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta trofi. Hariz juga memenangi Vokal Terbaik dan menerima hadiah wang tunai RM5,000.00 berserta trofi dan sijil. Mengimbas kembali sejarah pada 1973, istilah ‘Bintang RTM’ mula digunakan apabila Bakat Radio dan Bakat TV diselaraskan serta digabungkan menjadi Bintang RTM. Pertandingan akhir pertama disiarkan pada 26 Februari 1974. Seterusnya, Bintang RTM menjadi acara tahunan sehingga tahun 1986.
Melalui pertandingan ini, RTM telah berjaya melahirkan ramai nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air seperti Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Rosemaria Abdul Hamid, Jennifer Yen, Datuk Jamal Abdillah, Rohana Jalil, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Datuk Aznil Nawawi dan ramai lagi. Sumber: Utusan
|
F685 replied at 13-1-2024 10:55 PM
Tgh tengok ni
EZ jadi juri jemputan cakap clear & tersusun drpd seorang juri tetap tu.
Mulotkoyak replied at 25-7-2023 07:11 PM
Mohon lebih freshie... And logo tu pun alahaiii nampak lapok sgt laaaa... Intern ke yg design??? Ple ...
ctnorenjoy replied at 14-1-2024 09:21 AM
mantap2 ye peserta. yang lelaki, sepupu tu sedap suara. ade lagi sorang peserta perempuan, nyanyi la ...
beta_carotene replied at 14-1-2024 12:29 PM
yg nama shahrezza tu kan chuols? eye candy n sore sedap..yg penting x kelempukmuka macam sharif sl ...
sleepandream replied at 14-1-2024 12:20 AM
sape eh yg menang no.1,2,3 bintang rtm/hmi yg masuk GV tu... lupa dah iols
fadz84 replied at 14-1-2024 01:50 PM
Antara artis yg dicungkil bakat daripada program RTM yg masuk GV;
1. Nurfatima - Bintang Gala 2, ...
ADVERTISEMENT