Perkogsian bekas suami Yasmin Hani, Sha'arin Razali bersama seorang wanita ketika menghadiri Good Vibes Festival 2023 yang berlangsung pada Jumaat lalu mengundang perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut Sha'arin memeluk mesra seorang wanita mirip bekas isterinya.
"Good Vibes Festival 2023 satu hari dalam 15 saat. Sayangnya hari kedua dan ketiga tidak berlaku,"tulisnya di kapsyen. Difahmakn wanita berkenaan dikenali sebagai Fyda Othman. Dalam pada itu, ramai membuat telahan Sha'arin sudah bertemu pengganti bekas isteri sejak bercerai tahun lalu malah ramai bersetuju wanita disamping pemuzik itu mirip Yasmin. Bagaimanapun, ada pula mendakwa sikap Sha'arin tidak ubah seperti bekas isterinya yang gemar menayang pasangan masing-masing meskipun belum bergelar suami isteri.
"Dia (Sha'arin) jumpa yang lagi hot! Tapi ada iras wajah bekas isteri pula. "Baru nak puji tapi bekas suami pun dua kali lima dengan perangai bekas isteri tayang kekasih," komen netizen. Tidak berdiam diri dengan tuduhan itu, Sha'arin memberitahu dia hanya berkongsi saat berkunjung ke festival berkenaan bukan tayang sedang hangat bercinta. "Maaf, saya tak tayang yang kami bercinta gila-gila atau berpelukan. Kami hanya nak kongsi yang kami pergi festival," kongsinya. Untuk rekod, Yasmin dan Sha’arin mendirikan rumah tangga pada 2011 dan mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun lalu. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6.- CARI Sumber: mStar
|
albedah replied at 25-7-2023 08:08 PM
Ex laki kan bekas ex ermah fatimoh dulu..
albedah replied at 25-7-2023 08:08 PM
Ex laki kan bekas ex ermah fatimoh dulu..
albedah replied at 25-7-2023 12:08 PM
Ex laki kan bekas ex ermah fatimoh dulu..
caramello replied at 25-7-2023 07:21 PM
Berapa umo pakcik ni ek..60 ade x
Cleocatra replied at 25-7-2023 08:44 PM
Keje menda jantan ni
Ke bewok
Pompuan cantik, cari la yang cerah sikit masa depan, serta bujang
ADVERTISEMENT