CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SUA KPDN Sebak Lihat Pakaian, Barangan Salahuddin - 'Saya Tahu Chief Penat'

25-7-2023 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3053| Komen: 43

Setiausaha Akhbar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Syakirin Husnal berkongsi rasa sebak menerusi Instagramnya apabila melihat pakaian serta barang milik Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang masih berada di dalam kenderaan menteri itu.



IG

“Ini adalah jaket kegemaran, kasut, warna baju kegemaran beliau. Dia (Salahuddin) beritahu saya sebagai Sua perlu tahu dia pakai warna apa, saiz apa.

“Dia memang tak berhenti menghadap segala nota, sentiasa buat persiapan sebelum pergi ke mana-mana,” ujarnya di Instastory.



Dalam hantaran Syakirin di Instagramnya sebentar tadi, selain seorang yang berjiwa besar, dia menyifatkan Menteri KPDN itu seorang yang sangat berdedikasi ketika menjalankan tugas.

“Saya tahu ‘Chief’ penat. Jadual kerja kami sangat sibuk sehingga saya berharap saya boleh batalkan bagi pihak beliau.

“Satu hari beliau maklumkan mahu pulang kampung di Johor pada 23 Julai (semalam). Tidak ramai faham petunjuk itu.

“Sesungguhnya, memang betul pada 23 Julai, ‘Chief’ balik kampung untuk berehat. Tapi kali ini, beliau berehat untuk selamanya,” tulisnya.






Terdahulu Kosmo! melaporkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.23 malam semalam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan sekitar pukul 10.15 malam pada Jumaat lalu setelah mengalami mual dan muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 25-7-2023 10:26 AM
Menunggang ke
Quote ifanonline 25-7-2023 10:43 AM
syakirin ni kalau kurus skit mesti comel...agak gempal SUA
Quote VespaSilbe 25-7-2023 10:49 AM
Patutla dah lama tak nampak kat goshop
Quote ezacbee 25-7-2023 10:57 AM
Pasni masuk goshop balik..
Quote KamikuP 25-7-2023 12:28 PM
Patut mcm kenal si Syakirin go shop rupanya.. patut lama tak nampak.. lurveee
Quote gangerina 25-7-2023 12:36 PM
oh I ingat nama ni lelaki...rupanya perempuan eh...
Quote Perwira2022 25-7-2023 01:19 PM
Nama dia Syakirin, sebab dulu dia lelaki ke?

Maaf tanya sebab ikhlas nak tahu. Almaklum kerajaan PH pro LGBT ni kan supported by golongan transgender.
Quote shamsadis 25-7-2023 01:21 PM
move on, kita orang Islam tidak akan meratapi, bercerita kepada orang yang telah pergi. Hanya amalan, ilmu dan doa anak yang soleh sahaja akan mengalir.
Quote B40tastePosh 25-7-2023 03:08 PM
Merepek je kerja Melayu Islam dalam forum ni berdiskusi.

Bentuk badan la, bontot la, nama la,, jantina, rupa la...Very Meleis punya topik
Quote Decaffeinated 25-7-2023 03:21 PM
shamsadis replied at 25-7-2023 01:21 PM
move on, kita orang Islam tidak akan meratapi, bercerita kepada orang yang telah pergi. Hanya amalan ...

Sokong.

Jom kecam si TT lapar KPI.


Quote BeskotCekelat 25-7-2023 03:23 PM
Chief? Sama gelaran macam KJ. Ke semua menteri pakai title tu secara unofficial?
Quote shamsadis 25-7-2023 04:53 PM
Decaffeinated replied at 25-7-2023 03:21 PM
Sokong.

Jom kecam si TT lapar KPI.

tapi SUA tu lawa
Quote aechae 25-7-2023 04:58 PM
Perwira2022 replied at 25-7-2023 01:19 PM
Nama dia Syakirin, sebab dulu dia lelaki ke?

Maaf tanya sebab ikhlas nak tahu. Almaklum kerajaan PH ...

Asyik keja berforum je, rajin2 lh google cari sndri..
Buat2 tnya, pastu nak kaitkan transgender bagai alahai...



Quote stingergrumpy 25-7-2023 04:58 PM
Jambu siak......

Ada iras bibik pinoy aku...
Quote insulin 25-7-2023 06:26 PM
helicornia replied at 25-7-2023 10:26 AM
Menunggang ke

Orang gomen lebih tahu kebenarannya?
Quote jazaa100 25-7-2023 06:50 PM
gangerina replied at 25-7-2023 12:36 PM
oh I ingat nama ni lelaki...rupanya perempuan eh...

Syakirin nama lelaki ke?....
Quote Apoo 25-7-2023 07:04 PM
aechae replied at 25-7-2023 04:58 PM
Asyik keja berforum je, rajin2 lh google cari sndri..
Buat2 tnya, pastu nak kaitkan transgender ba ...

Indeed. Benda boleh google cari maklumat, dia pakai rasa.
Semoga roh YB Menteri dicucuri rahmat.
Quote cmf_jeangrey 25-7-2023 07:16 PM
Amboi..iols punya mesej dgn big boss pun x mcm tu punya bergula..just straight to the point and neutral..xde sweet-coated fan breeze
Quote Suchi 25-7-2023 07:23 PM
Perwira2022 replied at 25-7-2023 01:19 PM
Nama dia Syakirin, sebab dulu dia lelaki ke?

Maaf tanya sebab ikhlas nak tahu. Almaklum kerajaan PH ...

Syakirin ni mmg perempuan huhu dulu dia penah masuk realiti tv  ada satu musim je rancangan tu.Bukan pertandingan nyanyi tp mcm berkaitan ngn keje dia tu la wartawan/pengacara.

Iols penah jumpa dia ni kat bilik mekap karangkraf 10 tahun lalu.
Semua org dia salam dan sapa dgn mesra termasuk la iols. Padahal iols  tak kenal sgt pun dia.
Kebetulan aritu iols ada photoshoot utk majalah Rapi.
Dia plak ada interview ngn wartawan karangkraf, time tu rancangan realiti tv tu pun dah tamat kot tak ingat siapa juara.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.094076 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top