Peminat memuji penyanyi Lisa Blackpink yang merendah diri biarpun diri dilimpahi kekayaan apabila memakai stoking koyak pada bahagian ibu jari kaki. Perkara itu dikongsi sendiri Lisa menerusi IG Story miliknya yang memperlihatkan stoking berwarna merah jambu dipakainya, koyak sehingga menampakkan kuku ibu jarinya.
Sarung kaki itu juga sudah kelihatan lusuh, namun dipercayai ia adalah stoking kegemarannya. Peminat bagaimanapun memuji penyanyi itu yang disifatkan sebagai rendah diri meskipun seorang jutawan. Apa menarik perhatian adalah seorang peminat mendakwa sarung kaki yang dipakai Lisa adalah pemberiannya. "Dia banyak duit tapi tetap pakai stoking berlubang... Seorang yang rendah diri, tak malu tunjuk stoking dia koyak. "Stoking itu saya hadiahkan pada tahun 2020, tak sangka Lisa pakai juga stoking murah pemberian saya," komen netizen. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT