CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Berhijab Suap Anjing Makan Siap Belai, Tahan Hati Kena Maki, Tak Sampai Hati Tengok Haiwan Jalanan Kebulur

16-7-2023 11:34 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1113| Komen: 10

Satu peristiwa yang berlaku pada 2018 menjadi titik tolak kepada usaha murni Ummi Sakinah Rusmi, 29, bagi menyantuni anjing-anjing terbiar.

Wanita yang juga dikenali sebagai Mommy Manes di TikTok mengakui hatinya tersentuh apabila 'dipertemukan' dengan seekor ibu anjing yang kelaparan dalam kejadian tersebut.



Katanya, ketika itu seekor anjing datang kepadanya dalam keadaan lapar. Ummi yang kebetulan baru sahaja membeli satu 'bucket' Kentucky Fried Chicken memberikan seketul ayam.

"Saya tergerak bagi seketul ayam, anjing tu menangis keluar air mata masa saya bagi ayam. Saya tengok ibu anjing pergi bagi ayam tu untuk anak-anaknya yang masih kecil. Hati saya tersentuh. Sudahnya bucket KFC RM60 tu saya berikan semua.

"Kemudian saya pergi beli KFC yang lain untuk keluarga saya. Sejak itu saya mula bagi makan kepada anjing jalanan di Perak. Kemudian saya pindah Damansara pada tahun 2022, saya teruskan pula bagi makan anjing jalanan di sekitar Damansara dan Petaling Jaya," ujarnya.


Menurut eksekutif pemasaran di sebuah bakeri itu, dia tidak kisah berbelanja RM2,000 hingga RM3,000 sebulan untuk anjing-anjing jalanan, bahkan sanggup membuat kerja sambilan sebagai ejen jualan kereta untuk menampung perbelanjaan.

Di sebalik usaha murninya itu, Ummi berkata dia juga tidak terlepas menerima teguran segelintir individu termasuklah yang memarahinya ketika dia memberi makan kepada haiwan jalanan.

"Saya berpegang kepada apa yang mak saya cakap, dia kata Allah tahu niat kita. Selagi kita yakin, teruskan saja. Manusia tak akan berhenti kecam. Mereka carut, saya abaikan saja. Kalau saya tak tolong, siapa lagi nak tolong anjing jalanan?

"Ada yang maki saya depan-depan. Dia kata kau Melayu, kau bodoh ke bagi anjing makan? Walaupun dimarahi tapi saya tak sedih sebab saya yakin niat saya betul. Apabila tengok kegembiraan anjing tu, hilang semua komen-komen negatif," ujarnya lagi.



Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AkokKocik 16-7-2023 12:38 PM
Klu makanan tu letak je kat situ, biar anjing2 tu makan sndri, xblh ke?? kena belai2 jugak??
Quote imransulaiman 16-7-2023 04:12 PM
Bodoh tu tak boleh sorok ke? Nak jugak kongsi untuk tontonan orang lain...
Quote Buritan 16-7-2023 10:54 PM
Aku pun tolong anjing tp takde la aku pegang.. aku pegang kayu pas tuu aku letak mknan.. kayu tuu Kot Kot dia mai aku acah acah pukul .
Quote nakkomenjugak 16-7-2023 11:32 PM
Baik lagi bagi anjing makan dari bagi manusia berperangai anjing makan
Quote esbok 17-7-2023 09:46 AM
Kenapa pulak tak boleh bagi anjing makan? asal tak bela untuk petting sudah lah.

Bagi je anjing makan, cuma kalau kau usap2 gitu kak, kang dia ikut pun payah. Bagi makanan saja dah cukup. Aku nak bagi makan pun kene jauh2 letak. Anjing ni kang kita bagi dia ikut balik orang yang bagi dia makan.

Cuma nya, kenapa anjing dalam gamba di atas semua ber collar?
Quote KamikuP 17-7-2023 02:41 PM
Lagi elok bila anjing habis makan ko pegi kemas balik sisa2 tulang tu kutip buang kat tong sampah.. haishh
Quote ally9970 17-7-2023 03:02 PM
Salah ke bagi anjing makan? Tak salah, malah mulia sungguh perbuatan mu itu...
Tapi bagi makan sampai suap dan belai2, mak kau sendiri pun kau tak buat mcm tu kan?
Apa kata kau cemolot anjing tu sekali sambil bagi makan, tak pun kau suap mulut ke mulut, pastu tanya org ramai, salah ke bagi makan anjing?...
Quote bakingsoda 18-7-2023 09:52 AM
kalau bagi makan hasil kumpul derma org, ye mmg patut rakam utk penyumbang derma tengok. tapi kalau pakai duit sendiri pon nak rekod dan share tak lain tak bukan kebulur perhatian minta dipuji la kan?
Quote Rotipitadaging 18-7-2023 04:50 PM
Bakalan femes ah ni kat tt mcm faiz hanjeng tu ....pastu nnt dah makin femes mulut pun tambah lancang knowing that ramai "peminat".....
Quote kkm123 26-7-2023 02:55 PM
nak buat baik better tak perlu share dekat medsos sis tambah pula macam ni

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.038474 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top