Satu foto tular di Twitter memaparkan sebuah unit flat aras bawah yang ditransformasikan seolah-olah menjadi sebuah rumah teres. Dalam gambar itu, unit flat tersebut mempunyai sebuah beranda tempat letak kereta yang dibina di atas tanah hak milik majlis perbandaran.
Di belakang beranda itu juga kelihatan ada binaan tambahan yang bersambung dengan unit asal berkemungkinan menempatkan ruang tamu rumah berkenaan. Lebih menimbulkan kemarahan ramai apabila tanah di sekeliling unit flat itu dianggap sebagai halaman persendirian oleh tuan rumah apabila dia menanam pelbagai pokok hiasan dan juga meletakkan ampaian bajunya. Tindakannya itu ternyata tidak adil untuk penduduk lain di flat berkenaan selain melanggar piawaian yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menyelar secara sinis tindakan pemilik unit itu yang mementingkan diri. Sumber: mStar |
Carcosa replied at 9-7-2023 11:38 PM
Kenapa nak marah owner rumah tu pulak?
Marahla Penguatkuasa yg tak nampak /buat2 tak nampak. Owner2 ...
ADVERTISEMENT