Seorang pemuda meluahkan rasa syukur apabila dia kembali sihat selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat menghisap vape pada Januari lalu. Menurut Amirul Aiman, 26, dia sama sekali tidak menyangka akan berdepan detik getir itu dan menyifatkan ia sebagai pengalaman yang menginsafkan buat dirinya.
Imbas operator sebuah kilang elektronik itu, dia pada mulanya mengalami sesak nafas sebelum timbul komplikasi lain, memaksanya mendapatkan rawatan di sebuah hospital pada keesokan harinya. "Rasanya dah tiga ke empat tahun saya hisap vape. Saya jadikan vape sebagai alternatif untuk kurangkan hisap rokok. Sepanjang tempoh itu, pernah je rasa sesak nafas kadang-kadang. Tapi saya buat tak tahu je. "Dalam kejadian pada Januari lalu, saya tiba-tiba sesak nafas ketika jogging, badan juga rasa sakit. Paru-paru saya macam kena cengkam. Jadi saya balik rumah, makan ubat tahan sakit dan terus tidur.
"Bangun petang tu masih sakit. Saya tidur semula dan sedar pada waktu malam, sakit belum hilang. Sakit ketika baring, tidur mengiring baru okay. Esoknya masih sakit, saya terus ke hospital. Seminggu masuk ICU," ujarnya kepada mStar. Menurut Aiman, pengalaman seminggu di ICU merupakan fasa menakutkan dalam hidupnya dan dia berdoa agar diberi kesembuhan serta dapat menjalani kehidupan normal semula bersama keluarganya. "Saya masuk ICU sebab paras oksigen menurun. Selepas buat imbasan X-ray, doktor maklumkan paru-paru kanan kecut sebab saya hisap vape. Dada saya juga terpaksa ditebuk. Memang lain macam aura dalam ICU, kalau boleh tak nak masuk lagi. "Doktor kata ramai sangat yang masuk hospital sebab vape. Masa dalam ICU, saya nekad nak berhenti hisap vape. Saya kesian tengok isteri, tengok mak saya datang melawat. Keluarga sedih tengok ada paip kat dada saya," imbasnya lagi. Aiman juga sempat menitipkan pesan kepada individu di luar sana agar menjadikan kisahnya sebagai pengajaran dan berharap mereka dapat perlahan-lahan meninggalkan vape. "Saya suka-suka buat perkongsian agar ia jadi pengajaran kepada orang lain. Tak sangka pula video viral di TikTok. Memang benar vape sekarang macam trend. Saya sendiri berhabis RM100 atau lebih setiap bulan. "Dulu saya tak pernah kisah tentang paru-paru. Buka mata cari asap. Lepas makan asap. Sebelum tidur asap. Tapi disebabkan asap paru-paru saya bocor dan ditebuk. "Untuk individu di luar sana, yang dah terlanjur hisap vape, saya harap anda dapat berhenti. Cuba untuk berhenti. Kita masih muda. Kalau tak fikir kesihatan diri, sila fikir tentang keluarga," ujarnya lagi. Sumber: mStar
|
OshinDaSolja: rimas dan benci dengan golonga ...
Buritan replied at 9-7-2023 05:16 PM
Seko je insopp yg beerjuta LG harammm..
CatMiow replied at 10-7-2023 08:40 PM
Bahaya bab sis, ada pengamal perubatan alternatif kongsi, masa buat rawatan, isteri mengandung ken ...
CatMiow replied at 10-7-2023 08:40 PM
Bahaya bab sis, ada pengamal perubatan alternatif kongsi, masa buat rawatan, isteri mengandung ken ...
Buritan replied at 10-7-2023 09:55 PM
Satu lg lekaki yg hisap rokok bini ngandung tak takut ke anak cacat.. aku yg laki tak isap rokok m ...
CatMiow replied at 10-7-2023 10:11 PM
Cacat tak cacat, tapi .....banyak akan kena athma, pernah sekali saya g emergency, yang banyak ath ...
ADVERTISEMENT