CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Throwback Video Lama, "Rupanya Kau Lah Punca Baju-Baju Aina Abdul Semua Haru Biru Eh Adlin Aman Ramlie"

6-7-2023 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2860| Komen: 16

Seorang pengguna berkongsi sebuah video lama yang menunjukkan Adlin Aman Ramlie memberikan komen tentang fesyen tudung penyanyi Aina Abdul.

Ketika itu, Aina menjadi peserta Mentor Legend 2015 dan Adlin bertindak sebagai juri.


Foto: IG

“Aina do something with your tudung lah. You muda, biar you jadi trend setter, performer yang boleh ada style. Kalau tak, nanti nampak macam mak cik. Macam tak kena tau,” komen Adlin ketika Aina selesai membuat persembahan.

Pada hujung video itu juga menunjukkan kompilasi fesyen terkini daripada Aina yang berjaya menarik perhatian orang ramai dari sudut positif mahupun negatif.

Rata-rata netizen memberikan komen bahawa Adlin merupakan punca perkembangan fesyen Aina yang semakin berani dan telah pun menjadi ‘trendsetter’.



“Hebat Aina, dia terima kritikan dan accept keunikan untuk dia.

“Rupanya kau lah punca baju-baju dia semua haru biru eh Adlin.

“Dia ambil tohmahan sebagai batu loncatan & tengok dia sekarang,” komen netizen.

Sekadar info, Aina mendapat didikan Ella sebagai mentor dalam program terbabit dan berjaya meraih gelaran naib juara. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 6-7-2023 06:26 PM
Baju2 hodoh ni mesti pakai sekali kan. Pastu mcm mana dia simpan ye. Kalau dah besar/kembang gedabak macam tu, mcm mana nak simpan. Pakai beg vacum ke?
Quote dudaberhias 6-7-2023 06:37 PM
lagi lawa style2 tudung lama dia meskipun macam makcik2...
tapi yang tolong bagi kritik pasal penampilan tu pun rhoper macam pakcik2 dan atok2...

padanlah sekarang aina tu dah jadi rhoperr lori sampah dbkl lepastu kat konsert banyak duk sembang pasal baju jah dari menyanyi... yihhh...

Quote Imkhai 6-7-2023 06:43 PM
drivethru replied at 6-7-2023 06:26 PM
Baju2 hodoh ni mesti pakai sekali kan. Pastu mcm mana dia simpan ye. Kalau dah besar/kembang gedabak ...

Bj dia org sponsor la dik
Quote rosedemon 7-7-2023 09:25 AM
puncaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote riyadhK 7-7-2023 09:41 AM
rosedemon replied at 7-7-2023 09:25 AM
puncaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Diaaaaaaaaaaaaa laa
Quote I.K.A888990 7-7-2023 10:01 AM
baiklahhhhhhhhhh
Quote naina 7-7-2023 10:07 AM
Berani ya. Trendsetter tidakkk
Btw aku suka Aina ni
Dia macam ada vibes positif
Aku suka intonasi dia bercakap dan melontarkan buah fikiran
Sama macam dia menyanyi
Teruskan humble aina
Quote adeqbun 7-7-2023 11:30 AM
yg dlu die bertudung..yg skrang mcm bkn tudung,mcm shower cap atau swimming cap je..
Quote tootii 7-7-2023 01:47 PM
aku pening ngk fesyen2 si Aina ni kadang2 ..
kalau dia depan aku, aku nk gunting kat bhgn yang aku rasa over hahaha
Quote mizruncing 7-7-2023 03:19 PM
tetap tak suka dia dgn fesyen hauk nya itu. tetap la jd mcm tokti..
Quote Honey_Inara 7-7-2023 04:47 PM
Zaman aina mentor tu memang banyak tudung style makcik2 pun. Kalau tengok drama lama2 zaman² nur kasih heroin pun pakai tudung awning makcik2. Zaman sekarang je hijabista dah berevolusi. Start mira jadi heroin kot baru nampak tudung heroin yg semenggah skit.
Quote hyie 7-7-2023 04:50 PM
since iols ada tengok masa sheols kat mentor dulu, yes fesyen sheols masa tu macam acik2 je. Tapi suara meletop, ala2 dah level lain gitu. Peserta lain kebanyakannya kurang menyerlah. Memang obvious sangat sheols bakalan juara.
Quote ekselen 7-7-2023 09:13 PM
Okla tu...from nobody to somebody...
Quote Lagubestbest 7-7-2023 09:41 PM
Edited by Lagubestbest at 8-7-2023 12:04 AM
drivethru replied at 6-7-2023 06:26 PM
Baju2 hodoh ni mesti pakai sekali kan. Pastu mcm mana dia simpan ye. Kalau dah besar/kembang gedabak ...

dah nama pun outfit atas stage.
Quote bukan_ustazah 7-7-2023 10:08 PM
Aina ni dia tak membongkak kalau tgk dia bukan dalam show dia sangat biasa pakai kereta pun myvi je nyah. Jenis tak berlagak cuma bila atas stage dia jadi orang lain dressing lain sebab itu imej dia sbg artis
Quote marchikobonzo 8-7-2023 09:35 AM
Meols ok je, sb dia artis, kena la pakai lain dari kita ni..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.050107 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top