Seorang wanita yang tidak mendedahkan identitinya berkongsi pergelutan emosi yang menampung pelbagai kos untuk perniagaannya dan pada masa sama berhadapan dengan kerenah tunang yang suka meminjam wang.
Menurut wanita itu, dia bukanlah seorang 'berkira' namun kerana perkara tersebut menjadikan dirinya kurang senang. "Saya baru bertunang, bakal berkahwin dalam tempoh beberapa bulan. Dia seorang lelaki yang baik, tak kedekut, hormat orang tua. Pendek kata dia mempunyai semua kriteria seorang pasangan yang baik... tak ada kurang di mana. "Dia buat bisnes sementara saya kerja makan gaji. Sekarang dia sedang bergelut dengan bisnesnya tapi masih yakin untuk teruskan rancangan berkahwin. "Kebelakangan ini boleh kata hampir setiap bulan dia akan minta pinjam duit. Kadang nak top-up selesaikan bayar sewa, kadang minta top-up modal bisnes," luahnya berkongsi cerita.
Menurut wanita tersebut, dia mengakui ada kalanya berasa terlalu keberatan untuk meminjamkan wang kepada tunangnya sendiri memandangkan boleh dikatakan agak kerap situasi tersebut berlaku. "Kalau saya macam tak nak bagi, mesti kami akan dingin beberapa hari dan dia akan cakap nak minta tolong kawan. Tapi selalunya memang kawan dia tak ada duit nak tolong. "Maka, akhirnya saya pinjamkan juga dan ia berulang-ulang. Dia akan bayar tapi lambat. Yang bulan lepas pinjam pun belum bayar tapi nak pinjam lagi. "Bila main soal duit ni, saya rasa tak best. Saya punyalah ketepikan nafsu shopping dan penat menyimpan tapi orang senang-senang je minta pinjam," luahnya lagi. Situasi tersebut secara tidak langsung membuatkan wanita itu berfikir sama ada dirinya bersedia untuk melalui episod tersebut untuk tahun-tahun mendatang bersama pasangannya. "Adakah normal untuk setiap pasangan saling membantu dengan cara sedemikian? Saya ni kedekut atau pentingkan diri ya? Saya perlukan pendapat anda. Teruskan atau tinggalkan? Tolong saya," katanya lagi sambil meminta pendapat warga maya. Luahan tersebut yang dihantar menerusi Direct Message (DM) dikongsikan semula di laman Twitter @confesstweetMY. Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mencadangkan supaya wanita berkenaan menangguhkan dahulu rancangannya untuk mendirikan rumah tangga sehingga situasi pasangannya stabil. Sumber: mStar
|
Binodino replied at 2-7-2023 11:12 AM
Belum apa2 lagi dah mintak duit dengan alasan pinjam. Dah kawin nanti makin kerap la dia pinjam duit ...
mawardia replied at 2-7-2023 11:49 AM
Kengkawan dia bkn xde duit dik, kengkawan dia saje xnk kasi psl diaorg dh muakk dgn tunang u ols yg ...
gideoncross replied at 2-7-2023 08:54 PM
Klau pihak sna asek nak pinjam duit & suka ugut nak mmukul pdhl bru couple, tu mmg red flag, baik ...
Binodino replied at 3-7-2023 09:51 AM
Exactly. And kalau awal2 tu dah nampak ada red flag, sila angkat kaki. Jangan acah2 think positive ...
ADVERTISEMENT