CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-Gara Jilat Botol Kicap, Pelajar Disaman RM2.2 Oleh Restoran Susyi

11-6-2023 09:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1932| Komen: 27

Tokyo: Sebuah rangkaian restoran susyi di Jepun menyaman seorang pelajar sebanyak 67 juta yen (RM2.2 juta) selepas rakaman video di media sosial menunjukkan dia menjilat jarinya sebelum menyentuh pinggan makanan itu ketika ia berada di atas mesin penghantaran yang bergerak secara automatik, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.


Jumlah pelanggan syarikat Akindo Sushiro Co., yang mengendalikan rangkaian restoran Sushiro mendakwa mengalami kejatuhan mendadak selepas rakaman video mengenai perbuatan remaja berkenaan di sebuah restorannya di bandar Gifu menjadi tular, lapor stesen penyiar Jepun, NHK.

Rakaman video yang menunjukkan seorang remaja menjilat botol kicap dan pinggan susyi di Gifu menjadi tular di Jepun. - @bakusai_com/Twitter

Rakaman video itu juga menunjukkan remaja tersebut menjilat botol kicap dan cawan yang kemudiannya diletakkan semula ke atas tempat penyediaan peralatan tersebut.


Klip video pendek itu dikongsi secara meluas di Jepun sebelum ini selepas ia dimuat naik pada Januari lalu yang menjadi punca kepada wujudnya istilah ‘keganasan susyi’.

Istilah itu digunakan secara meluas bagi merujuk kepada tindakan tidak bersih di restoran susyi Jepun. 


Syarikat Akindo Sushiro Co. memfailkan tuntutan mahkamah di Mahkamah Daerah Osaka. 

Ia mendakwa telah mengalami kerugian kira-kira 16 bilion yen (RM529 juta) berikutan tularnya video itu sehingga menyebabkan bilanggan pelangannya jatuh mendadak. – Agensi


SUmber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 11-6-2023 10:11 PM
Eeww sgt!!!!!
Quote mojarean_X 11-6-2023 10:14 PM
Mmg layak disaman
Quote Carcosa 11-6-2023 10:17 PM
Padan muka ko babi! Kalau tak boleh bayar, suruh semua org Jepun beratur ambik turn ludah si bebal ni Biar dia plk geli
Quote Kurex 11-6-2023 10:20 PM
Porumer yg msg iols belajar dekat jepun yg terus hilang jati diri tu dah mampus agaknya
Quote Tinot7 11-6-2023 10:29 PM
Kurex replied at 11-6-2023 10:20 PM
Porumer yg msg iols belajar dekat jepun yg terus hilang jati diri tu dah mampus agaknya

Amender yg dia habaq kat hang sampai ilang jati diri tu?
Mebbe kena kobid.. kita mana tau.. takziah diucapkan..
Quote Triple_8 11-6-2023 10:32 PM
Susyi...
Quote Lagubestbest 11-6-2023 10:47 PM
ganas samannya.
Quote kemaruk 11-6-2023 10:57 PM
Sakai     
Quote gideoncross 11-6-2023 11:39 PM

Ingtkn iol sorg je yg prasan psl "susyi" ni hahahaha.
Quote Rachel_Green 12-6-2023 07:39 AM
ku ingat kena saman 2 ringgit 2 kupang..sekali 2 juta kauuuu...
Quote Weller 12-6-2023 07:42 AM
kamus dewan susyi rasanya....
Quote batmana 12-6-2023 08:02 AM
Terikut sgt socmed ni..nilai budaya bdk2 mudaJepun bole terhakis sbb socmed...teruja buat benda Bodo utk dipaparkan..
Quote sangbara2020 12-6-2023 08:19 AM
demi konten kah...
elok lah tu dijadikan pengajaran
Quote slyfynx 12-6-2023 08:20 AM
Gara-Gara Jilat Botol Kicap, Pelajar Disaman RM2.2 Oleh Disaman Restoran Susyi


Tulis tajuk sambil teran berak ke hape ni?

BTW, ejaan susyi tu betul ikut DBP
Quote midori888 12-6-2023 08:24 AM
my bro pnh nampak many years ago kat restaurant KFC, dia tgh makan, tetiba nampak satu ppuan nie dok jilat botol sos....lama dah, masa tu botol sos ada kat setiap meja, bukan macam skrg nie....
Quote elzy 12-6-2023 08:35 AM
Pengotor, elok suruh dia minum sampai habis sebotol kicap yang dia jilat tu sebelum bayar saman..
Quote shamsadis 12-6-2023 08:43 AM
kita ni sebagai umat Islam, jangan lah kita melakukan dosa2 macam ni, terutamanya dosa melibatkan masyarakat iaitu perkara2 yang boleh memudaratkan masyarakat
Quote kucing_gebu 12-6-2023 08:47 AM
Selayaknya. Kita di malaysia pun patut ambik tindakan mcm ni utk spesis2 babi yg  suka buat mcm ni
Quote bitterchoc 12-6-2023 08:48 AM


Ramai yang bodoh betul zaman ni. Sorang lagi tu paktam Mizzi ke apa ntah namanya. Harap kena pelangkung cepat2.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.039749 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top