Jakarta: Seorang lelaki menikam isterinya hingga mati hanya kerana wanita itu enggan memberikan kata laluan Facebook milik mangsa. Portal berita Kompas.com melaporkan pasangan itu terlebih dahulu bertengkar sebelum kejadian berdarah yang berlaku kira-kira jam 3 petang di rumah mereka.
Difahamkan, pertengkaran tersebut bermula apabila suspek menuduh isterinya curang. Kemuncak kepada perbalahan itu adalah si suami menikam isterinya berkali-kali menggunakan pisau sebelum dia melarikan diri. Mangsa yang mengalami luka parah di perut sempat mengekori suaminya tetapi terjatuh di ruang tamu rumah sebelum meninggal dunia. Seorang pegawai polis tempatan, Budhi Santoso mengesahkan insiden itu dan memaklumkan kes tersebut sedang disiasat manakala suspek sedang diburu. -Agensi
Sumber: Kosmo! Online
|
batmana: Kalau tk bagi tu..mmg sah la c ...
ADVERTISEMENT