Seorang wanita yang meluahkan isi hatinya di Twitter bagi mendapatkan sokongan sebaliknya dikecam hebat warga maya gara-gara sikapnya yang enggan membantu mentua melakukan kerja rumah atas alasan dia hanya menumpang dan rumah itu bukan kediamannya.
Dalam luahan tersebut, wanita terbabit berkeras bahawa dia tidak mahu terlibat dalam urusan kerja-kerja rumah di kediaman mentuanya kerana berpendapat itu bukan rumahnya sendiri. "Saya baru kahwin dan dalam usaha cari rumah sendiri. Sementara tu saya tinggal di rumah keluarga mentua saya. "Boleh diterima ke kalau saya tak tolong buat kerja dekat rumah tu. Saya segan sebab itu bukan rumah saya pun. "Siapa suruh suami lambat nak dapat rumah," kata wanita itu dalam luahan berkenaan.
Luahan itu mendapat perhatian pemilik platform yang menegur wanita tersebut agar merendahkan egonya. Warga maya menasihati wanita itu agar mempunyai empati dan membantu mentua mengekalkan kebersihan rumah apatah lagi dia juga tinggal di kediaman yang sama. Ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan wanita tersebut dan ada juga yang menganggap sikapnya itu tidak mempunyai 'common sense'. Sumber: mStar
|
jazaa100 replied at 12-6-2023 05:24 PM
Ni lah hasil bebudak dibesarkn di SBP , MRSM, SEK SAINS etc.....
Mak pak tak sempat nk ajar....
ADVERTISEMENT